Insight Mosaic e-Megazine (First Edition)
bahasa al-Quran yang mementingkan adab dan kesopanan komunikasi juga mampu melahirkan insan yang cerdik emosi dan bijak dalam berkomunikasi. Keunikan ini membolehkan Al-Quran berinteraksi dengan pelbagai tahap intelektual dan emosi manusia, dari zaman penurunan hingga kini. Strategi Retorik Emositi Soalan Retorik, Metafora, dan Narasi. Jika ditinjau strategi, didapati Al-Quran menggunakan pelbagai strategi retorik untuk membangkitkan emosi. • Soalan Retorikti Kajian mendapati bahawa soalan retorik dalam Al-Quran berfungsi sebagai indirect speech acts yang mampu meningkatkan penglibatan emosi pembaca dan memperkuat impak psikologi serta hujah ayat tersebut. Soalan-soalan ini bukan sekadar bertanya, tetapi mengajak merenung, menegur, dan memperkuat argument . • Metafora Emosionalti Penggunaan metafora dalam Al-Quran membantu pembaca memahami konsep abstrakmelalui gambaran konkrit, menjadikan emosi seperti takut, harap, cinta, dan marah dapat dirasakan secara lebih nyata dan mendalam. Narasi Kisah-Kisah para nabi dan umat terdahulu disusun dengan naratif yang menonjolkan konflik, penderitaan, harapan, dan kemenangan, membangkitkan empati, inspirasi, dan refleksi mendalam. Analisis Psikologi Ayat-ayat Emosional Analisis emosi dalam Al-Quran, seperti yang dilakukan terhadap Surah Yusuf, menunjukkan bahawa kepercayaan adalah emosi paling dominan, diikuti kegembiraan, antisipasi, kesedihan, ketakutan, kemarahan, kejutan, dan jijik. Ini membuktikan bahawa Al-Quran kaya dengan ekspresi emosi yang pelbagai, dan setiap ayat mampu membangkitkan reaksi psikologi yang berbeza mengikut konteks dan pengalaman pembaca. Selain itu, ayat-ayat Al- Quran banyak membincangkan aspek resiliensi jiwa, pengurusan emosi, dan pembangunan kendiri, seperti ayat-ayat yang menasihati agar tidak berputus asa, bersabar, dan sentiasa berharap. Kajian juga menunjukkan bahawa penggunaan kosa kata Arab dalam Al-Quran berkait rapat dengan pembangunan kecerdasan emosi, di mana kata-kata seperti “ la taiasu ” (jangan berputus asa), “ likaylâ ta’sau ” (supaya kamu tidak bersedih), dan “ sobaruu ” (mereka bersabar) memberi kesan langsung kepada pembentukan jiwa yang kuat dan positif. Retorik emosi dalam al-Quran merupakan elemen penting yang memperlihatkan keindahan bahasa dan kekuatan mesej spiritualnya. Kekuatan impak gaya bahasa al-Quran ini penting dalam menyampaikan emosi terutama dalam aspek komunikasi. Keunikan serta keistimewaan gaya bahasa retorik emosi dalam al-Quran terserlah melalui tema emosi dan kesopanan komunikasi yang terkandung dalam ayat-ayatnya. Ayat-ayat ini mengandungi prinsip psikologi dan retorik al-Quran yang dizahirkan melalui pemilihan kosa kata, struktur ayat, dan makna yang mendalam. Keunikan pertama, ayat-ayat yang bertemakan emosi dan kesopanan komunikasi memperlihatkan keterikatan emosi yang memberi kesan mendalam terhadap jiwa manusia. Kedua, ayat-ayat yang menekankan kesopanan komunikasi turut mengandungi unsur retorik al-Ma’ani, yang berperanan menggalakkan komunikasi yang harmoni dan sejahtera dalam kehidupan manusia. Kesan Terapeutik dan spiritual Peneltian menunjukkan bahawa ayat-ayat Al-Quran mempunyai kesan terapeutik yang signifikan, terutamanya dalam meningkatkan ketenangan 56
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=