Insight Mosaic e-Megazine (First Edition)
Pengenalan Retorik emosi dalam Al-Quran merupakan salah satu aspek terpenting yang menjadikan kitab suci ini sentiasa relevan dan berkesan dalam membentuk jiwa manusia. Melalui penggunaan bahasa yang indah, struktur naratif yang mendalam, dan pemilihan kata yang tepat, Al- Quran bukan sahaja menyampaikan ajaran secara intelektual, tetapi juga membangkitkan pelbagai emosi yang menyentuh hati. Analisis psikologi terhadap ayat-ayat yang menggugah jiwa membuktikan bahawa Al-Quran mampu membentuk karakter, memberi ketenangan, dan membina kekuatan dalaman manusia. Hussein Abdul-Raof (2006) telah mengupas secara mendalam bagaimana retorik Arab klasik berfungsi dalam konteks pragmatik untuk menyampaikan makna, maksud, dan kesan komunikasi dalam teks-teks Arab, khususnya al-Qur’an. Kupasan beliau menekankan bahawa retorik Arab bukan sekadar hiasan bahasa, tetapi alat komunikasi yang berfungsi secara pragmatik untuk menyampaikan maksud secara tersirat dan tersurat. Beliau juga menunjukkan bagaimana struktur linguistik, gaya bahasa, dan konteks budaya dalam al-Qur’an membentuk kekuatan retorik yang mempengaruhi pemahaman dan respons pendengar. Konsep Retorik Emosi dalam Al-Quran Retorik emosi merujuk kepada teknik penggunaan bahasa dan gaya penyampaian untuk membangkit atau mengarahkan emosi pembaca atau pendengar. Ia adalah gabungan antara keindahan linguistik dan kekuatan psikologi yang digunakan untuk menyampaikan mesej ilahi secara lebih mendalam dan berkesan. Dalam konteks Al-Quran, retorik emosi bukan sekadar hiasan, tetapi berfungsi sebagai alat untuk memperkuat mesej moral, spiritual, dan sosial. Kajian mendapat bahawa Al-Quran menyesuaikan gaya dan isi pesannya mengikut konteks dan keperluan audiens, menjadikan setiap ayat relevan sepanjang zaman dan mampu menyentuh pelbagai lapisan Masyarakat. Gaya 55
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=