Insight Mosaic e-Megazine (First Edition)

pemikiran tersebut boleh dimanfaatkan dengan gagasan integrasi Naqli dan Aqli, kerana beliau menekankan keseimbangan antara rasionaliti teknologi dan nilai-nilai moral (kemanusiaan, keadilan, dan solidariti). Dalam konteks pendidikan, aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning) yang menggabungkan teori dengan aktiviti kempen digital misalnya, boleh memberikan kesan yang mendalam dalam memupuk nilai empati dan kesedaran sivik dalam kalangan pelajar. Apabila pelajar terlibat dalam kempen digital berasaskan nilai Islam seperti kempen digital untuk memberi kesedaran kepentingan menjaga alam sekitar, kesihatan mental, atau kemanusiaan, mereka bukan sahaja belajar mencipta kandungan, tetapi juga menyemai kefahaman tentang makna ibadah dan tanggungjawab sosial. Melalui pendekatan ini, belia Muslim khususnya perlu dilatih menjadi seorang insan yang berjiwa besar dengan menggunakan teknologi bukan sekadar untuk hiburan, tetapi untuk menyebarkan nilai dan inspirasi. Inilah manifestasi sebenar penggunaan digital dengan jiwa, di mana kemajuan teknologi berpadu dengan kebijaksanaan spiritual. Kesimpulan Integrasi ilmu Naqli dan Aqli bukan sekadar konsep pendidikan, tetapi satu panduan kehidupan dalam berdepan dengan dunia digital yang turut menyemai nilai dan sikap beretika. Dalam dunia yang semakin kompleks, keupayaan mengimbangi akal dan wahyu menjadi kunci kepada pembangunan insan yang seimbang. Platform digital bukan musuh kepada nilai agama, sebaliknya boleh menjadi wadah dakwah, pendidikan dan tanggungjawab sosial jika digunakan dengan berhikmah. Generasi muda perlu terus dibimbing agar celik digital tetapi tidak kehilangan nilai dan moral. Dengan menjadikan iman dan intelek serta teknologi dan akhlak sebagai kompas kehidupan, kita mampu membina masyarakat digital yang bukan sahaja cemerlang dari segi kemajuan, tetapi juga luhur dalam nilai kemanusiaan dan spiritual. 44

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=