Insight Mosaic e-Megazine (First Edition)

Pendekatan ini menuntut agar perkembangan teknologi tidak dipisahkan daripada nilai keagamaan, moral dan kemanusiaan. Pendidikan digital berasaskan integrasi Naqli dan Aqli memberi peluang kepada pengguna untuk menggunakan teknologi bukan sahaja sebagai alat komunikasi, pembelajaran dan inovasi, tetapi juga sebagai medium yang memberi manfaat dan kebaikan. Integrasi Naqli dan Aqli dalam Pendidikan Digital Konsep integrasi ilmu Naqli (wahyu) dan Aqli (akal) telah menjadi asas penting dalam falsafah pendidikan berteraskan Islam. Ia menekankan kesepaduan antara panduan Ilahi dan pemikiran rasional dalam proses pembelajaran. Dalam era digital, konsep ini semakin penting apabila pengguna berdepan dengan dilema moral dan etika dalam penggunaan teknologi. Ilmu Naqli menyediakan landasan nilai berpaksikan Al-Quran dan Al-Sunnah yang menekankan tanggungjawab, keadilan dan belas kasihan. Sementara ilmu Aqli pula menggalakkan penaakulan, pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah berdasarkan pemerhatian serta logik. Apabila kedua-dua domain ini disepadukan, ia melahirkan pengguna yang berfikir secara rasional dengan berpandukan iman dan nilai. Dalam konteks media digital, pendekatan ini menggalakkan pengguna berinteraksi dengan alat, elemen kecerdasan buatan, media sosial dan teknologi baharu secara beradab. platform Digital sebagai Ruang Tanggungjawab Sosial Tanggungjawab sosial bukan lagi terhad kepada aktivititi fizikal seperti gotong-royong atau kerja amal. Dalam dunia moden, di medan penglibatan sosial dan aktiviti kemanusiaan. Media sosial, laman sesawang, dan plahorm interaktif membuka peluang kepada pengguna menjadiagenperubahandenganmempromosikan nilai kebaikan dan solidariti global. Kempen digital seperti #FreePalestine dan #ClimateAction membuktikan bahawa pengguna media sosial boleh menggabungkan empati dan tindakan sosial melalui media digital. Dalam konteks Islam, pendekatan ini boleh disandarkan pada nilai amal jariah (kebajikan berterusan) dan hisbah (akauntabiliti sosial). Keduanya merupakan dua konsep penting yang menekankan kesejahteraan ummah dan tanggungjawab terhadap masyarakat sejagat. Apabila pengguna media digital memanfaatkan teknologi dengan panduan Naqli dan Aqli, tindakan mereka bukan sekadar mencari populariti atau pengaruh, tetapi menggerakkan kesedaran dan kebaikan sejagat. Platform digital menjadi medan dakwah moden yang mana pengguna media sosial bukan lagi mendengar ceramah panjang lebar seperti di masjid, tetapi turut mempelajari, memerhati dan berkolaborasi denganmasyarakat yang lain seperti perkongsian dan pembangunan semula isi kandungan. Golongan belia memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju masyarakat digital. Mereka bukan sekadar pengguna, tetapi peneraju dalam membina ekosistem digital yang sihat. Integrasi Naqli dan Aqli menjadi panduan untuk melatih belia agar berfikir secara kritikal, beretika dan bertanggungjawab dalam berinteraksi di dunia maya. Christian Fuchs, Profesor dalam bidang media dan komunikasi di Universiti of Westminster, London juga menyeru kepada pembentukan ‘critical digital ethics’ sebagai satu pendekatan yang menilai teknologi bukan sekadar dari segi kecekapan, tetapi juga dari segi nilai kemanusiaan, tanggungjawab sosial, dan kesejahteraan masyarakat. Dalam konteks ini, 43

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=