Insight Mosaic e-Megazine (First Edition)
41 statistik atau set data, kemudian menganalisis dan menukarkannya menjadi cerita yang mudah difahami oleh orang ramai. Ia biasanya disertakan dengan grafik, peta, carta atau visual lain supaya pembaca dapat melihat dengan jelas apa yang berlaku, bukan sekadar membaca teks. Contohnya, semasa pandemik COVID-19, media di Malaysia mula menggunakan data harian daripada Kementerian Kesihatan untuk menghasilkan infografik yang mudah difahami tentang kadar jangkitan dan vaksinasi. Hasilnya, masyarakat lebih tenang, lebih peka, dan dapat membuat keputusan bijak dalam kehidupan seharian. Kekuatan Kewartawanan Data Di sini, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kewartawanan data boleh mengubah cara kita melihat dunia. Kewartawanan data bukan hanya tentangmenyusun angka, tetapi membentuk cara kita melihat isu sekeliling. Laporan mengenai jurang digital misalnya, membuatkan orang ramai berfikir tentang kesaksamaan peluang pendidikan. Begitu juga dengan data kemiskinan bandar, ia membuka mata tentang cabaran hidup yang mungkin tidak kita sedari. Apa yang menarik, kewartawanan data juga menyatukan pelbagai bidang. Wartawan kini bekerja rapat dengan ahli statistik, pereka visual, dan pakar teknologi untuk menghasilkan dalam lautan maklumat, tetapi dapat memahami dunia dengan lebih jelas dan memahami makna yang disampaikan supaya dapat dimanfaatkan untuk pembangunan ummah.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=