Insight Mosaic e-Megazine (First Edition)

BILA DATA BERCERITA Pengenalan Hari ini kita hidup dalamdunia yang penuh dengan angka. Setiap saat, data mengalir tanpa henti - daripada kadar kesihatan, trend belanja, sehinggalah ke media sosial yang kita gunakan. Namun, angka semata-mata tidak bermakna jika tiada yang menterjemahkannya kepada cerita yang mudah difahami. Di sinilah kewartawanan data mula memainkan peranan. Memahami Kewartawanan Data Untuk memudahkan kita memahami apa itu kewartawanan data, bayangkan kita membaca berita tentang kesihatan awam tanpa sebarang graf, peta, atau carta. Pasti sukar untuk membayangkan situasi sebenar. Di sinilah kewartawanan data hadir untuk mengisi jurang itu. Ia bukan sekadar melaporkan fakta, tetapi menghidupkan angka dengan visual dan analisis yang menjadikan maklumat lebih jelas. Untuk lebih jelas, umumnya kewartawanan data adalah cara membuat laporan berita dengan menggunakan data sebagai asas utama. Wartawan akan mengumpul angka, maklumat 40 Siti Suriani Othman Pensyarah Kanan, Universiti Sains Islam Malaysia suriani@usim.ed.my /ssuriani397@gmail.com Penulis ialah pensyarah kanan, Program Komunikasi, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia. Bidang kepakaran ialah kewartawanan cetak dan dalam talian. Telah menulis 14 buku solo dalam bidang kewartawanan serta penulisan kreatif dan 15 buku suntingan dalam bidang serta buku-buku kreatif. Turut aktif menulis dalam jurnal serta membentang di persidangan-persidangan peringkat antarabangsa.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=