KOD NILAI DAN ETIKA WARGA USIM
4 4.1 PENGENALAN Kod Nilai dan Etika ini diterbitkan sebagai rujukan kepada staf USIM dalam melaksanakan tugas secara profesional berlandaskan nilai murni, etika kerja dan tingkah laku yang terpuji. Kejayaan sesebuah organisasi bukan sekadar bergantung kepada sistem dan teknologi, tetapi turut dipacu oleh keperibadian serta jati diri warga kerjanya. Justeru, penerapan nilai-nilai murni amat penting dalam mewujudkan persekitaran kerja yang sihat dan kondusif. Kod Nilai dan Etika ini juga disediakan sebagai panduan untuk membuat pertimbangan dan keputusan secara beretika, khususnya dalam situasi yang melibatkan konflik kepentingan, tekanan kerja serta dilema moral. Melalui pematuhan kepada garis panduan yang ditetapkan, setiap staf hendaklah melaksanakan amanah dengan penuh integriti, ketelusan dan akauntabiliti selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik. Penghayatan yang menyeluruh terhadap kod ini juga berperanan dalam meminimumkan risiko salah laku serta memperkukuh keyakinan pihak berkepentingan terhadap USIM. Sehubungan itu, seluruh warga USIM adalah bertanggungjawab untuk memahami, menghayati dan mematuhi segala nilai serta prinsip yang digariskan dalam dokumen ini secara konsisten dan berterusan. Komitmen padu daripada semua peringkat meliputi Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana, adalah penting dalam memastikan pembudayaan integriti dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan. Usaha ini seterusnya akan menyumbang kepada kecemerlangan organisasi serta memperkukuh reputasi USIM sebagai institusi yang berteraskan nilai, berintegriti dan beretika tinggi. 4.2 TUJUAN Tujuan penyediaan Kod Nilai dan Etika Staf ini adalah sebagai panduan untuk: 4.2.1 Tadbir Urus dan Pematuhan i. Memastikan setiap staf mematuhi undang-undang, peraturan, dasar serta garis panduan yang berkuat kuasa; ii. Menjadi rujukan dalam pelaksanaan tugas secara telus, berakauntabiliti dan berintegriti; iii. Menyokong amalan tadbir urus yang baik dalam organisasi; dan iv. Mencegah salah laku serta mengurangkan risiko pelanggaran integriti. 4.2.2 Pembudayaan Nilai dan Integriti i. Membentuk dan memperkukuh budaya kerja berteraskan nilai murni dan akhlak terpuji; ii. Menggalakkan penghayatan integriti dalam setiap aspek pelaksanaan tugas; dan iii. Memupuk sikap profesionalisme dalam kalangan staf. 4. PENGENALAN KOD NILAI DAN ETIKA STAF USIM
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=