Buletin HEPA USIM 2026

MENYEMAI IHSAN MUSLIM PROFESIONAL, MEMPERKASA KEBAJIKAN ATLET USIM Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerusi Kelab Golf USIM dengan kerjasama Pusat Sukan telah menganjurkan Kejohanan Golf Amal Rakan Strategik USIM 2026 di Nilai Springs Golf & Country Club. Kejohanan yang menghimpunkan seramai 120 peserta ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Wahid Omar, Pro Canselor USIM. Kejohanan ini sebagai inisiatif mengumpul dana bagi memperkukuh Tabung Kebajikan Atlet Sukan USIM. Dana tersebut bertujuan menyokong kebajikan, pembangunan serta penyertaan atlet dalam kejohanan golf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Selain menyokong kecemerlangan sukan universiti, program ini turut menjadi platform untuk memperkukuh jaringan kerjasama antara USIM dengan sektor korporat dan industri, sekali gus membuka peluang kolaborasi dalam bidang penajaan pendidikan, pembangunan bakat mahasiswa dan kebolehpasaran graduan. Kejohanan ini mendapat sokongan VSD Automation Sdn. Bhd. dan Docto Aircond Sdn. Bhd. sebagai penaja bersama, di samping sumbangan daripada Mechtex Enterprise, Bank Islam Malaysia Berhad, NMH Engineering Services Sdn. Bhd., Ajinomoto Malaysia Berhad serta penaja-penaja lain. Inisiatif ini mencerminkan komitmen USIM dalam menyemai nilai ihsan dan tanggungjawab sosial, selaras dengan aspirasi melahirkan Muslim Profesional yang seimbang dari segi ilmu, kemahiran dan akhlak serta berupaya menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara. Menerusi penganjuran program ini, jumlah dana sebanyak RM148,000.00 telah berjaya dikumpulkan bagi menyokong usaha tersebut. 51 “Integrasi Ilmu Tonggak Kebitaraan Graduan”

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=