Buletin HEPA USIM 2026

MAJLIS PELANCARAN ALUMNI BACK TO CAMPUS 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN ERATKAN HUBUNGAN ALUMNI DAN UNIVERSITI AWAM NILAI : Majis Pelancaran Alumni Back To Campus 2026 Peringkat Kebangsaan telah berjaya disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi pada 10 Oktober 2026 lalu bertempat di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM). Program ini turut berlangsung secara hibrid bersama-sama 19 universiti awam yang lain, sekali gus menghimpunkan komuniti alumni dari seluruh negara dalamusahamemperkukuh hubungan antara alumni dengan institusi masing-masing. Mengangkat tema “Menggapai ke Langit, Mengakar ke Bumi”, program ini membawa mesej bahawa kejayaan alumni bukan sahaja diukur melalui pencapaian dalam kerjaya dan kehidupan, malah turut dilihat melalui keupayaan mereka untuk terus menyumbang kepada institusi yang pernah menjadi tempat menimba ilmu dan membina jati diri. En. Mohd Hazrul Fareeza Harun, Menjalankan Tugas Pengarah PUSAKA, berharap agar inisiatif seperti ini dapat terus membuka ruang kepada alumni untuk berkongsi pengalaman, kepakaran dan peluang bersama universiti serta generasi akan datang. Menurut beliau lagi, jaringan alumni yang kukuh bukan sahaja memberi manfaat kepada universiti, malah berpotensi menjadi pemangkin kepada pembangunan bakat, pengukuhan kerjasama industri dan kemajuan masyarakat dengan meluas. Perkara ini dapat dilihat melalui penglibatan alumni USIM yang telah membuka peluang pekerjaan dan latihan industri kepada para pelajar serta graduan menerusi syarikat milik mereka. Inisiatif ini bukan sahaja membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan, malah mencerminkan komitmen alumni dalam menyumbang kembali kepada universiti. PUSAKA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para alumni USIM yang hadir di majlis, Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI) USIM, serta urus setia pelajar atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini di kampus USIM. 50 “Integrasi Ilmu Tonggak Kebitaraan Graduan” EDISI KHAS SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KE-24

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=