Buletin HEPA USIM 2026
USIM ANJUR BULAN KESEJAHTERAAN PELAJAR FI QALBI: MEMPERKASAKAN SAHSIAH DAN KESIHATAN MENTAL MAHASISWA NILAI — Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerusi Kluster Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) mengambil langkah proaktif dalam memelihara kesejahteraan warga kampusnya menerusi penganjuran Bulan Kesejahteraan Pelajar Fi Qalbi . Program berskala besar ini dijajarkan khas bagi menyahut dan memenuhi Program Pemacu Lonjakan Ke-3 Amanat Naib Canselor USIM 2026, yang bergerak seiring dengan Gagasan Strategik USIM 2026–2035 . Sebanyak 60 program menarik dan terangkum telah dirancang sepanjang tempoh penganjuran yang bermula dari 17 September hingga 30 Disember 2026. Seluruh fakulti serta Pusat Tanggungjawab di bawah HEPA bersatu hati menggembleng tenaga bagi merancakkan pelbagai aktiviti sepanjang tempoh berkenaan. Majlis perasmian program telah berlangsung pada 17 September bersempena dengan Majlis Lafaz Ikrar Pelajar Baharu Sarjana Muda yang dihadiri 3,182 pelajar baharu. Penganjuran Sambutan Bulan Kesejahteraan Pelajar Fi Qalbi ini bukanlah sekadar program rutin tahunan, sebaliknya membawa misi mendalam untuk membangunkan bakat serta menanam nilai kepimpinan berihsan dalam diri mahasiswa. Menerusi usaha ini, USIM komited melahirkan generasi peneraju yang bukan sahaja cemerlang dari sudut intelek, malah memiliki keutuhan sahsiah, nilai empati yang tinggi, beradab, berdisiplin, dan berjiwa kesukarelawanan. Antara pengisian utama yang menjadi daya tarikan sepanjang program ini ialah Mental Health Awareness (MeHASS) Festival. Buat julung kalinya, festival ini menawarkan kelainan apabila dua festival besar di bawah kluster HEPA digabungkan menjadi satu platform bersepadu, iaitu Program Mental Health Awareness Festival (MeHASS) dan Karnival Siswa (KARSIS). Bagi menyemarakkan kesedaran kesejahteraan diri di kampus, pelbagai aktiviti menarik dijalankan sepanjang festival ini, antaranya: • MeHASS Fun Run bagi memupuk gaya hidup sihat • Pameran dan Saringan Kesihata n untuk pemantauan tahap kesihatan zikal • Pameran Psiko-Pendidikan dan Ujian Psikologi bagi meningkatkan pendedahan berkaitan kesihatan mental • Terapi Zikir sebagai pendekatan spiritual dalam menguruskan tekanan • Gerai Jualan yang dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar dan alumni USIM bagi mengasah bakat keusahawanan Inisiatif terangkum ini membuktikan kesungguhan USIM dalam menyediakan persekitaran kampus yang kondusif serta meletakkan kebajikan dan kesihatan mental pelajar sebagai keutamaan utama dalam melahirkan modal insan berkaliber. Sempena dengan program ini juga, Majlis Perasmian Naik Taraf Pejabat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) hasil sumbangan Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) turut diadakan dan telah dirasmikan oleh YBrs. Profesor Dr. Mushaddad Hasbullah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). 42 “Integrasi Ilmu Tonggak Kebitaraan Graduan” EDISI KHAS SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KE-24
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=