Buletin HEPA USIM 2026
USIM MENERIMA BAS BAHARU MELALUI PENDEKATAN WAKAF Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menerima sebuah Bas Wakaf baharu yang dibiayai melalui kerjasama strategik pelbagai pihak termasuk Lembaga Tabung Haji, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), Wakalah Sdn Bhd serta sumbangan Dana Wakaf Al-Abrar USIM. Bas baharu bernilai RM968,760.00 ini dilengkapi spesi kasi moden dan berteknologi tinggi, termasuk penggunaan casis berteknologi Jerman dengan enjin berkapasiti 10.5 liter serta piawaian emisi Euro 5 yang lebih mesra alam. Dari segi kapasiti, bas ini mampu memuatkan 40 penumpang serta menyediakan ruang rehat pemandu bagi perjalanan jarak jauh. Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaaraniberkata,inisiatifBasWakafinimencerminkan komitmen berterusan universiti dalam memastikan kebajikan pelajar sentiasa menjadi keutamaan. “Perolehan BasWakaf ini bukan sekadar penambahan aset pengangkutan, malah merupakan pelaburan jangka panjang dalam menjamin keselamatan, keselesaan dan kelangsungan proses pembelajaran pelajar USIM, khususnya mereka yang tinggal di luar kampus” katanya. Beliau turut menegaskan bahawa pendekatan wakaf yang digerakkan oleh universiti membuka ruang kepada masyarakat serta institusi korporat untuk bersama-sama menyumbang kepada pembangunan pendidikan tinggi negara. “Kami amat menghargai sokongan padu daripada para penyumbang dan rakan strategik. Sumbangan ini melambangkan kepercayaan serta keprihatinan terhadap usaha USIM dalam memperkasa ekosistem pendidikan berteraskan nilai Islam,” tambah beliau. Menurutnya lagi, USIM akan terus memperluas inisiatif berasaskan wakaf sebagai satu mekanisme pembangunan lestari yang memberi manfaat berpanjangan kepada warga universiti dan masyarakat. 41 “Integrasi Ilmu Tonggak Kebitaraan Graduan”
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=