OFFSTONE JAN EDITION 2026

34 pada konteks komunikasi bahasa, budaya atau latar etnik tertentu. Justeru, kebijaksanaan pengguna dalam menilai, menapis dan memahami maklumat kekal menjadi faktor penting dalam memanfaatkan teknologi ini secara bertanggungjawab. Pada masa kini, penggunaan teknologi kecerdasan buatan dalam bidang ilmu yang bersifat berkesinambungan yang menuntut penguasaan asas, adab, tertib serta rentasan pelbagai disiplin masih mempunyai keterbatasan. Hal ini khususnya jelas dalam proses menghasilkan penafsiran yang mendalam dan berautoriti terhadap sesuatu bidang pengetahuan yang kompleks. Contoh yang paling hampir ialah dalam bidang syarah hadis. Proses mensyarahkan sesuatu hadis bukan sekadar memahami teks secara literal, tetapi memerlukan penguasaan ilmu yang luas dan saling berkait. Antaranya termasuk pengetahuan tentang sirah nabawiyah, penguasaan bahasa Arab dari aspek nahu, sarf dan balaghah , pemahaman latar budaya dan konteks sejarah, serta kepatuhan kepada garis panduan ulum al-hadith dan mustalah al-hadith. Disiplin ini merangkumi elemen-elemen asas seperti penelitian sanad dan matan, perbahasan nasakh dan mansukh , penentuan sebab wurud al-hadith , serta analisis terhadap darjat dan kesahihan riwayat. Kesemua dimensi ini menuntut kefahaman yang mendalam, disiplin metodologi yang tersusun serta kepekaan terhadap konteks dan tradisi keilmuan Islam. Justeru, walaupun teknologi kecerdasan buatan mampu membantu dari segi capaian maklumat dan gambaran umum, proses penafsiran yang bersifat menyeluruh dan autoritatif masih memerlukan kepakaran manusia yang berasaskan tradisi ilmu yang sahih dan bersanad. Penutup Berdasarkan hal tersebut, kecanggihan teknologi kecerdasan buatan pada asasnya mengupas sesuatu isu melalui pengolahan sumber yang tersedia di alam maya. Walaupun capaian pantas ini dapat membantu pembinaan kognitif dan membentuk persepsi awal individu, ia tidak semestinya membentuk keperibadian yang unggul. Bahkan, tanpa bimbingan nilai dan adab, penggunaannya berpotensi menghakis budaya serta ketamadunan. Situasi ini menunjukkan bahawa pembangunan teknologi kecerdasan buatan masih memerlukan penambahbaikan, dan pada masa yang sama menegaskan bahawa peranan guru serta pembimbing tetap signifikan. Justeru, menjadi cabaran kepada semua pihak untuk memahami dan memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan secara beretika agar generasi akan datang tidak terpedaya dengan maklumat yang belum tentu sempurna.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=