OFFSTONE JAN EDITION 2026

33 Implikasi dan Kemampuan Kecanggihan Teknologi Kecerdasan Buatan Kemudahan yang ditawarkan oleh teknologi kecerdasan buatan dalam capaian maklumat dapat dirasai serta-merta oleh pengguna. Peningkatan pengetahuan berlaku melalui pengalaman yang berkembang secara berperingkat, bermula dengan pembinaan kognitif seperti mengenal sesuatu perkara (proses pembelajaran), diikuti dengan penguasaan dimensi dan subdimensi tertentu (proses pengkajian), seterusnya membentuk kefahaman yang menyeluruh dalam bentuk konteks dan konsep (proses pengenalan yang mendalam). Kecanggihan teknologi kecerdasan buatan memperlihatkan keupayaannya membentuk konteks dan konsep melalui capaian data yang tersedia di alam maya, berdasarkan arahan pantas ( prompt ) yang dikemukakan oleh pengguna. Proses ini berlaku menerusi komunikasi dua hala, sama ada secara tekstual mahupun secara verbal, yang membolehkan respons disesuaikan dengan keperluan pengguna. Walau bagaimanapun, keberkesanan hasil capaian tersebut amat bergantung pada kejelasan dan struktur arahan pantas ( prompt ) yang diberikan. Hal ini menunjukkan bahawa kecanggihan teknologi kecerdasan buatan bukan sahaja terletak pada sistemnya, tetapi juga memerlukan maklumat latar serta konteks pengguna bagi membolehkan pemahaman yang lebih tepat melalui komunikasi yang terancang dan bermakna. Namun demikian, kecanggihan teknologi kecerdasan buatan tetap mempunyai keterbatasan, khususnya dalam proses pendalaman ilmu secara teoretikal dan praktikal yang melibatkan pembentukan komunikasi terancang dari aspek psikomotor dan emosi. Pembinaan psikologi peribadi individu yang menyentuh dimensi hati nurani, naluri, sanubari dan rohani tidak dapat digarap secara menyeluruh melalui interaksi teknologi semata-mata. Hal ini berbeza dengan penyampaian ilmu secara langsung daripada jiwa insani kepada jiwa insani, yang berupaya membentuk komunikasi bermakna dalam pembinaan sikap, nilai dan keperibadian individu. Selain itu, pengetahuan yang diperoleh melalui teknologi kecerdasan buatan lazimnya dihimpun daripada data sedia ada secara umum, dan kadangkala diproses secara rawak berdasarkan pola tertentu. Keadaan ini berpotensi menimbulkan persepsi kepercayaan dan keyakinan terhadap sesuatu maklumat walaupun ia mungkin tidak sepenuhnya tepat atau sempurna. Situasi ini menjadi cabaran besar kepada masyarakat, khususnya dalam menilai kesahihan dan kewibawaan sesuatu ilmu. Sehubungan itu, maklumat yang diperoleh melalui maklum balas sistem kecerdasan buatan perlu diteliti dan diuji terlebih dahulu, memandangkan data yang tersedia di alam maya mungkin tidak lengkap atau terhad. Tambahan pula, teknologi ini masih belum berupaya menghimpunkan secara menyeluruh penafsiran hujah atau perbahasan ilmu yang berakar

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=