OFFSTONE JAN EDITION 2026

8 Keempat, membangunkan naratif jambatan, bukan sekadar naratif balas . Naratif yang memanusiakan pihak berbeza, menekankan nilai bersama dan kerentanan sejagat lebih berkesan dalam jangka panjang berbanding hujah konfrontatif. Kelima, menginstitusikan kerjasama dengan media dan masyarakat sivil . Kerjasama ini membantu mengembangkan ekosistem komunikasi yang berwibawa, beretika dan berorientasikan keamanan. Penutup Dalam ekologi media yang terpolarisasi, pembinaan keamanan perlu difahami sebagai amalan komunikasi yang berterusan. Etika komunikasi Islam, apabila diterjemahkan melangkaui moral peribadi kepada pedagogi awam berpotensi menjadi infrastruktur sosial bagi keamanan. Dakwah digital yang berwibawa bukan sekadar menyampaikan mesej agama, tetapi membentuk cara masyarakat bercakap, berbeza pendapat dan hidup bersama. Dalam jangka panjang, dakwah digital yang berteraskan dialog, kebenaran dan maruah insan bukan sahaja menyokong agenda peacebuilding, malah menjadi sebahagian daripadanya. BIBLIOGRAFI Fonseka, D. (2024, September 4). Combating hate speech: Lessons from Asia. United Nations Development Coordination Office. https://un-dco.org/stories/combating- hate-speech-lessons-asia Huda, Q.-u. (2024). Reenvisioning peacebuilding and conflict resolution in Islam. Bloomsbury Publishing. Larsson, G., & Willander, E. (2024). Muslims and social media: A scoping review. Information, Communication & Society, 28(11), 1908– 1922 . https://doi.org/10.1080/1369118X.2024.2379835 UNESCO. (2025, July 23). Building resilience against hate speech: Social Media 4 Peace marks global observance in action . https://www.unesco.org/en/articles/building- resilience-against-hate-speech-social-media-4-peace-marks-global-observance- action Zaid, B., Fedtke, J., Shin, D. D., El Kadoussi, A., & Ibahrine, M. (2022). Digital Islam and Muslim millennials: How social media influencers reimagine religious authority and Islamic practices. Religions, 13(4), 335. https://doi.org/10.3390/rel13040335

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=