E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 98 sekali gus membuktikan kebolehpercayaan sistem ini sebagai alat sokongan klinikal. Selain itu, Soetanto et al. (2023) menggabungkan pendekatan forward chaining , interpolasi dan certainty factor dalammendiagnosis kolik abdominal pada bayi, dengan ketepatan mencapai 96%. Hal ini menunjukkan kaedah tersebut amat praktikal untuk diaplikasikan sebagai sokongan kesihatan pediatrik. Dalam bidang pendidikan pula, Ayorinde et al. (2025) membangunkan model penilaian berasaskan aturan forward chaining bagi menilai tahap keberkesanan laman e-pembelajaran. Hasil kajian menunjukkan sistem ini mencapai 80% ketepatan, dengan kadar kepuasan pengguna sebanyak 90%. Lebih penting lagi, sistem ini turut membuktikan keupayaannya berfungsi dengan konsisten merentasi kursus yang berbeza, sekali gus menandakan adanya potensi kebolehlaksanaan secara umum (validiti luaran) dalam konteks pendidikan digital yang pelbagai dan dinamik. Sementara itu, dalam bidang kesihatan maternal, Misgna et al. (2021) membangunkan Maternal Expert System (MatES) berasaskan forward chaining yang mampu memberikan saranan rawatan bagi sepuluh komplikasi utama kesihatan ibu. Sistem ini, yang beroperasi melalui pelayar web dan telefon pintar, terbukti membantu petugas kesihatan di kawasan pedalaman Ethiopia yang kurang akses kepada doktor pakar. Dalam konteks fiqh wanita,Uriawan et al. (2020) melaksanakan sistem pakar untuk menentukan status darah wanita haid, nifas, dan istihadhah menggunakan pendekatan forward chaining . Kajian ini menunjukkan bahawa sistem digital memberikan keputusan yang lebih konsisten dan sahih berbanding bimbingan manual, membuktikan keberkesanan kaedah ini dalam menyokong keputusan berasaskan hukum fiqh. Kesemua kajian ini menegaskan bahawa forward chaining bukan sahaja efektif dalam menyelesaikan masalah teknikal dan saintifik, malah turut relevan diaplikasikan dalam bidang ibadah. Justeru, cadangan integrasi kaedah ini ke dalam platform e-Taib Tabung Haji akan memberikan solusi digital yang tepat, sahih dan mesra pengguna, khususnya bagi jemaah wanita yang memerlukan panduan segera mengenai status darah ketika melaksanakan ibadah haji dan umrah. Namun begitu, semakan literatur menunjukkan bahawa sehingga kini belum ditemui sebarang kajian di Malaysia yang mengaplikasikan forward chaining secara khusus dalam bidang fiqh darah wanita. Jurang ini memperkukuh keperluan inovasi sistem pakar berasaskan forward chaining yang dapat diintegrasikan dalam konteks bimbingan haji dan umrah, bagi melengkapkan usaha sedia ada seperti e-Taib Tabung Haji. METODOLOGI Kajian ini menggunakan pendekatan analisis ulasan literatur sistematik ( systematic literature review ) bagi meneliti keberkesanan pembangunan sistem forward chaining dalam pelbagai bidang aplikasi. Artikel-artikel yang dipilih untuk dianalisis diperoleh daripada pangkalan data bereputasi seperti Scopus, IEEE Xplore, SpringerLink dan Google Scholar, dengan penekanan kepada tempoh penerbitan lima tahun terkini (2020 – 2025) agar dapatan yang diperoleh kekal relevan dan segar. Namun begitu, kajian oleh Maulina et al. (2019) turut dianalisis bagi mendapatkan sedikit perbandingan berkaitan penggunaan sistem Forward Chaining ini dalam bab fiqh wanita. Bidang yang diberi perhatian meliputi perubatan, pendidikan, pertanian serta fiqh wanita, memandangkan keempat-empat domain ini memperlihatkan variasi penggunaan forward chaining dalam konteks yang berbeza tetapi mempunyai tujuan yang sama, iaitu menyokong proses membuat keputusan yang lebih cepat, tepat dan konsisten. Fokus utama kajian ini adalah untuk menilai tahap keberkesanan sistem, mengenal pasti kelebihan dan kekangan yang wujud, serta meneliti implikasi penggunaan forward chaining dalam menyelesaikan isu-isu praktikal. Artikel-artikel yang dipilih dianalisis secara kritis melalui pendekatan analisis silang ( cross-analysis ) dengan memberi perhatian kepada aspek seperti kadar ketepatan ( accuracy rate ), kebolehgunaan ( usability ), kepuasan pengguna serta keberkesanan sistem dalam menyokong proses membuat keputusan. Kaedah analisis ini membolehkan penilaian kekuatan dan kelemahan dibuat untuk setiap aplikasi, sekali gus menghasilkan kerangka cadangan yang lebih mantap untuk konteks Tabung Haji Malaysia. Selain itu, dapatan dikategorikan mengikut tema besar iaitu ialah: (i) bidang perubatan; (ii) bidang pendidikan; (iii) bidang pertanian; (iv)bidang kesihatan maternal; dan (v) fiqh wanita. Pendekatan ini memberi gambaran menyeluruh tentang potensi sistem forward chaining yang tidak hanya terhad kepada domain teknikal, bahkan boleh diperluaskan ke dalam bidang ibadah, khususnya dalam membantu jemaah haji wanita menentukan status
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=