E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 97 TRANSFORMASI DIGITAL FIQH DARAH WANITA: CADANGAN INTEGRASI SISTEM FORWARD CHAINING DALAM E-TAIB ¹Nur Fadzlina Abdullah@Abdul Aziz, ²Mohd Amzari Tumiran, ³Hajar Opir, ⁴Noor Syahida Md Soh, ⁵Nor Kartina binti Tawang 1,2,3,4 Academy of Contemporary Islamic Studies, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor, Malaysia. ⁵ Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Jalan Maktab, Off Jalan Ayer Hitam, Seksyen 12, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Emel : 2023891052@student.uitm.edu.my ABSTRAK Kajian ini membincangkan cadangan integrasi sistem forward chaining ke dalam aplikasi e-Taib Tabung Haji Malaysia sebagai usaha memperkukuh bimbingan ibadah, khususnya berkaitan fiqh darah wanita. Isu utama yang sering dihadapi oleh jemaah wanita ialah kesukaran menentukan status darah (haid, istihadhah atau fasad) ketika menunaikan ibadah haji dan umrah. Kajian ini menggunakan kaedah sorotan literatur dan analisis kritikal terhadap artikel-artikel terdahulu yang membangunkan sistem forward chaining dalam pelbagai bidang termasuk kesihatan, pendidikan dan fiqh darah wanita. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sistem forward chaining berupaya meningkatkan ketepatan penentuan hukum, mempercepat proses membuat keputusan dan memudahkan pengguna berinteraksi melalui antaramuka mesra digital. Hasil analisis turut memperlihatkan keberkesanan sistem ini dalam menyelesaikan masalah kompleks yang berbentuk keputusan berhierarki, sekali gus menunjukkan potensi besar untuk diaplikasikan dalam konteks bimbingan ibadah haji. Oleh itu, kajian ini mencadangkan agar Tabung Haji mempertimbangkan integrasi sistem ini ke dalam e-Taib sebagai sebahagian daripada agenda transformasi digital, sejajar dengan keperluan semasa jemaah haji Malaysia. Katakunci : Forward Chaining, Fiqh Wanita, e-Taib, Tabung Haji, Transformasi Digital PENDAHULUAN Ibadah haji adalah rukun Islam kelima yang menuntut kecermatan dalam pelaksanaan setiap aspek syarak termasuk pengurusan fiqh wanita seperti haid, nifas dan istihadhah (Adnan & Ahmad 2024). Kesilapan dalam mengenal pasti status darah bukan sahaja menjurus kepada batal atau tidaknya ibadah seperti tawaf dan solat, tetapi turut mencetus keresahan emosi dan kekeliruan moral dalam kalangan jemaah wanita (Samarkandi et al., 2025). Walaupun Tabung Haji telah menyediakan bimbingan melalui Kursus Asas Haji (KAH), Kursus Intensif Haji (KIH) dan Kursus Perdana Haji (KPH) sebagai persediaan sebelum berangkat, serta menempatkan pegawai bimbingan di tanah suci yang dikenali sebagai PIHTAS (Pembimbing Ibadah Haji Tanah Suci), akses segera kepada nasihat fiqh ketika berhadapan situasi kritikal di Mekah dan Madinah tetap terbatas. Dalam konteks globalisasi dan digitalisasi, integrasi sistem pakar berasaskan forward chaining ke dalam platform e- Taib merupakan satu inisiatif strategik yang bukan sahaja menjawab cabaran ini secara bijak dan relevan, tetapi juga memperkukuh imej Tabung Haji sebagai peneraju transformasi digital dalam pengurusan ibadah haji bertaraf dunia. SOROTAN LITERATUR Pembangunan sistem pakar berasaskan forward chaining telah diaplikasikan secara meluas dan terbukti berkesan dalam pelbagai bidang yang bersifat kritikal. Dalam bidang perubatan, kajian oleh Rudyarti et al. (2025) telah membangunkan sistem pakar berasaskan web untuk mendiagnosis penyakit berkaitan perubahan iklim. Hasil kajian tersebut melaporkan ketepatan diagnosis sebanyak 92.3% dengan tahap sensitiviti 95.83%,

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=