E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 745 Peluh atau keringat Dari kulit sekitar faraj seperti labia dan celah peha boleh berpeluh Secara perubatan, tiada kelenjar peluh (sweat glands) di dalam faraj. Jadi “peluh faraj” boleh merujuk kepada dua keadaan: 1. Peluh sebenar (sweat) di kawasan luar faraj. Kawasan labia majora &mons Kelenjar peluh hanya ada di bahagian luar faraj (vulva / labia majora &mons pubis). Sifat seperti peluh عرق Tidak batal wuduk dan tidak najis pubis memang ada kelenjar peluh (seperti di kulit lain). Bila panas, bersenam, atau cuaca lembap → kawasan itu boleh berpeluh. Cecair yang disangka peluh, tapi sebenarnya discharge. Ramai wanita rasa seakan “berpeluh” di kawasan faraj dalam, padahal itu sebenarnya plasma transudate / keputihan fisiologi. Rasa “lembap” ini ialah cairan normal yang keluar dari epitelium faraj, bukan peluh. Secara fisiologi, jumlah keputihan yang dikeluarkan dari faraj wanita yang normal ialah sekitar 1 hingga 4 ml sehari , dan boleh meningkat sedikit ketika ovulasi, kehamilan awal atau rangsangan seksual. Keputihan ini terhasil daripada gabungan mukus serviks, rembesan dinding faraj, cairan kelenjar Bartholin dan Skene, serta sel epitelium yang terurai, berfungsi untuk mengekalkan kelembapan, kebersihan dan keseimbangan pH faraj. Ciri keputihan normal ialah berwarna putih susu atau jernih, tidak berbau kuat, bertekstur cair atau sedikit pekat, serta tidak menyebabkan ketidakselesaan. Jumlah yang banyak tidak semestinya menunjukkan masalah selagi sifatnya kekal normal, namun jika keputihan terlalu banyak, berbau busuk, berubah warna seperti kuning pekat, hijau atau kelabu, serta disertai gatal atau kerengsaan, ia mungkin tanda jangkitan dan perlu pemeriksaan lanjut. Dari sudut fiqh, hukum keputihan tidak bergantung kepada banyak atau sedikitnya jumlah, tetapi pada asal tempat dan keadaan keluarnya; cairan faraj secara asalnya suci, tetapi apabila ia benar-benar keluar dan terpisah dari faraj, ia membatalkan wuduk. Sekiranya keputihan keluar secara berterusan, wanita itu dihukum seperti orang yang mengalami uzur (salis al-bawl), iaitu berwuduk selepas masuk waktu solat dan tidak perlu memperbaharui wuduk setiap kali cairan keluar.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=