E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 71 2. SOROTAN LITERATUR Istiqamah disebut dalam al-Quran sebagai prinsip utama keimanan, antaranya dalam Surah Fussilat ayat 30 yang menyebut tentang ganjaran bagi orang yang beristiqamah. Hadis Nabi SAW juga menekankan kepentingan istiqamah sebagai amalan yang paling disukai Allah walaupun sedikit. Al- Ghazali dalam Ihya’ Ulumuddin menekankan bahawa ibadah haji merupakan medan latihan disiplin rohani yang dapat menyuburkan jiwa. Kajian Abdullah (2019) dan Yusof (2021) pula menunjukkan bahawa ramai jemaah menghadapi cabaran dalam mengekalkan momentum ibadah pasca haji. Namun, masih kurang kajian mendalam mengenai pengalaman ini dalam konteks Malaysia. 3. METODOLOGI Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis teks dan temubual dengan beberapa jemaah haji. Pendekatan analisis tematik digunakan bagi mengenal pasti pola penghayatan ibadah pasca haji. Data sekunder diperoleh daripada Pekta dan Pihtas kemudian dianalisiskan jawapan mereka ini dengan pemerhatian melalui Jawatankuasa Masjid. 4. DAPATAN DAN PERBINCANGAN 4.1 Ibrah daripada Manasik Haji Antara ibrah daripada Manasik Haji ialah: Ibadah Tawaf sebagai lambang kepatuhan total kepada Allah. Ibadah Sa’ie sebagai simbol usaha berterusan tanpa putus asa meneladani Siti Hajar. Ibadah Wukuf di Arafah sebagai mengingatkan hakikat kematian dan peluang bertaubat. Ibadah Melontar jamrah sebagai latihan menolak godaan syaitan dan hawa nafsu. Dapatan dari sudut Ibarah Manasik Haji didapati: 4.2 ISTIQAMAH SEBAGAI ASAS PASCA HAJI Istiqamah adalah konsistensi dalam ketaatan kepada Allah. Nabi SAW menekankan istiqamah lebih utama daripada banyak amalan tanpa konsistensi. Selepas haji, amalan yang perlu dijaga termasuk solat berjemaah, menjaga akhlak, berinfak, dan membiasakan diri dengan ibadah sunat. Dapatan dari sudut Istiqamah didapati: 4.3 CABARAN MENJAGA MOMENTUM IBADAH Antara cabaran utama jemaah pasca haji ialah: Pengaruh persekitaran yang kurang menyokong. Kesibukan kerjaya dan tanggungjawab keluarga. Godaan duniawi serta kelekaan terhadap media moden. Dapatan dari sudut ini pula ialah : 4.4 CADANGAN PENYELESAIAN Cadangan bagi membantu jemaah pasca haji termasuk: Memperkukuh peranan masjid sebagai pusat sokongan rohani. Melaksanakan program susulan oleh Tabung Haji seperti halaqah ilmu begitu juga disarankan Majikan yang terlibat juga berperanan dalam usaha yang sama. Mengaktifkan jaringan ukhuwah komuniti pasca haji di kawasan setempat. 4.5 JADUAL ANALISIS PERBANDINGAN DAPATAN TEMUBUAL PASCA HAJI Tema Soalan Responden 1 Respondan 2 Responden 3 Pengalaman paling memberi Menyedari hakikat sebagai hamba; Wukuf di Arafah Kesusahan manasik → pasrah kepada Allah; reda dengan Menekankan dimensi rohani & kesedaran diri
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=