E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 667 KEMUKJIZATAN SAINTIFIK DALAM IBADAH HAJI الإعجاز العلمى في عبادة ا ج Mohd Fahmi Abdhl Khir Maahad Tahfiz Al-Quran Emel : fahmi.khir@yahoo.com ABSTRAK Tajuk Kajian ini, ialah “Kemukjizatan Saintifik Dalam Ibadat Haji”, dikemukakan dalam Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 bersempena Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke 42 yang berlangsung pada 8 – 9 Oktober 2025. Ibadat haji ialah ibadat yang unik. Ibadat haji merupakan rukun Islam yang kelima. Dalam zaman sains dan teknologi masakini, pelbagai penemuan dapat dikenalpasti. Peralatan peralatan moden hari ini dapat digunakan untuk membuktikan sesuatu perkara. Begitu juga dalam ibadat haji, samada sejarahnya, rukun rukunnya, syarat sahnya dan lain lain yang mempunyai hikmah dan rahsianya yang tersendiri. Hikmah dan rahsia tersebut dapat dibuktikan melalui peralatan teknologi pada hari ini. Kemukjizatan saintifik merujuk kepada ayat ayat al Quran dan hadis Nabi s.a.w yang mengisyaratkan sesuatu perkara yang dapat dibuktikan secara saintifik. Ini melibatkan aspek perubatan, astronomi, kejuruteraan dan lain lain. Dalam ibadat haji, Kaabah ialah tempat para Jemaah melakukan tawaf. Kaabah merupakan binaan pertama di atas muka bumi Allah s.w.t. Maksudnya:Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadat) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia. (Ali Imran:96) Apabila al Quran mengisyaratkan bahawa kaabah ialah binaan pertama di atas muka bumi, hal tersebut menjadi cetusan kepada penelitian dan pemerhatian terhadap aspek saintifik geologi sehingga para sarjana berjaya membuktikan perkara tersebut dan mengaitkannya dengan aspek saintifik geografi berkaitan kedudukan Mekah di tengah daratan muka bumi. Ibadat Tawaf ialah sebahagian rukun haji. Tidak sah haji melainkan dengan menyempurnakan tawaf di kaabah dengan mengelilingi kaabah sebanyak tujuh pusingan. Tidak sah tawaf melainkan dengan mengelilingi kaabah dengan pergerakkan lawan arah jam. Hal ini menjadi cetusan kepada penelitian terhadap kaitan pergerakkan lawan arah jam dengan fenomena pergerakkan jirim terkecil iaitu atom dan jirim yang besar seperti Bintang dan galaksi. Tiga perkara utama menjadi fokus kajian ini iaitu aspek kemukjizatan al Quran, kemukjizatan hadis Nabi s.a.w dan perkara perkara yang berkait dengan ibadat haji. Metodologi kajian adalah berbentuk kepustakaan, Data-data yang diperolehi akan dibincangkan secara kritis bagi tujuan kesimpulan yang merujuk kepada keunikan ibadat haji daripada perspektif kemukjizatan al Quran dan Hadis Nabi s.a.w. Antara objektif kajian ialah
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=