E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 65 Hal yang diharamkan Allah untuk umat manusia, bukan merupakan sesuatu untuk menyulitkan umat manusia. Namun diharamkannya sesuatu itu ada tujuan tertentu, diantaranya agar manusia berjalan pada jalan yang benar dan tidak terjerumus kepada jalan yang tercela Manakala yang terakhir aspek Hifz al-Mal, aplikasi rasmi boleh mengelakkan penipuan dalam urusan kewangan (scam berkaitan Haji). Sebaliknya penggunaan data/roaming tanpa kawalan membebankan kos Haji. Setidaknya pengurusan haji dapat mengatur dan mengelola pelaksanaan ibadah haji dengan memakai fungsi-fungsi pengurusan meliputi planning, organizing, actuating, controlling dan evaluating , hingga pelaksanaan ibadah haji dapat terselenggara dengan baik, efektif dan efisien (Aye Sudarto el al. 2023). Kesimpulannya, jemaah perlu mengawal dan menjaga adab serta etika dalam penggunaan media sosial khusunya semasa sedang mengerjakan ibadah haji kerana ditakuti akan menggangu dan mengurangi pahala serta menyebabkan kekhusyukan dalam ibadah haji terjejas atau menggangu jemaah lain. CADANGAN Berdasarkan penulisan, pengkaji menyarankan beberapa cadangan berkaitan penggunaan media sosial dan pengaruh terhadap kefardhuan Haji. Antaranya ialah: 1. Penggunaan rasmi platform digital oleh pihak berautoriti untuk bimbingan haji. 2. Garis panduan etika penggunaan media sosial ketika ibadah haji. 3. Penekanan kepada maqasid haji dalam pendidikan jemaah, bukan sekadar ritual teknikal. 4. Kod etika penggunaan media sosial semasa ibadah haji. 5. Pendidikan literasi digital bagi bakal haji. 6. Peranan ulama dan kerajaan dalam membimbing penggunaan media sosial secara syarie. 7. Penyelidikan lanjut berbentuk kuantitatif untuk mengukur tahap pengaruh media sosial. KESIMPULAN Media sosial memberikan manfaat besar dalam kefardhuan haji dari segi pendidikan, komunikasi dan penyebaran dakwah. Namun, ia juga membawa cabaran etika, gangguan tumpuan, serta risiko hilang keikhlasan. Justeru, media sosial perlu digunakan secara berhemah, berpandukan syariat, dan dipandu oleh ulama serta pihak berautoriti seperti Majlis Agama Islam dan Kementerian Haji. Tradisi persediaan haji secara turun-temurun dilakukan melalui majlis ilmu, kursus bimbingan, dan pengajian kitab manasik. Namun, dengan kehadiran media sosial, maklumat berkaitan haji kini boleh diperoleh melalui YouTube, Facebook, Instagram, dan TikTok. Hal ini menimbulkan persoalan: adakah media sosial membantu jemaah menunaikan kefardhuan haji dengan lebih baik, atau sebaliknya mengganggu tumpuan dan keikhlasan ibadah?

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=