E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 64 33 Saya pernah terlepas ibadah atau aktiviti penting kerana terlalu sibuk dengan media sosial 79.2 8.3 12.5 0 0 34 Penggunaan media sosial menyebabkan saya kurang berkomunikasi dengan jemaah lain 58.3 16.7 12.5 12.5 0 35 Penggunaan media sosial memberi kesan negatif terhadap tumpuan ibadah Haji saya 50 8.3 20.8 8.3 12.6 36 Media sosial memberi kesan positif terhadap pengalaman ibadah Haji saya 20.8 25 33.3 16.7 4.2 37 Media sosial lebih banyak memberi manfaat berbanding mudarat semasa Haji 16.7 12.5 41.7 24.9 4.2 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN Haji ialah kemuncak pengalaman rohani umat Islam, sebagaimana firman Allah dalam Surah Ali ‘Imran ayat 97: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu mengadakan perjalanan ke sana” (Abdullah Basmeh. 1998). Merujuk kepada dapatan kajian keperluan kepada keseimbangan antara manfaat (tarbiyah, pendidikan, dakwah) dengan cabaran (riya’, komersialisasi, gangguan fokus) perlu menjadi asas utama dalam penggunaan media sosial khususnya semasa mengerjakan ibadah Haji. Perspektif maqasid menjadi topik perbincangan utama adakah media sosial membantu atau menghalang pencapaian tujuan haji?. Berasaskan kepada Maqasid Dharuriyyat, iaitu Hifz al-Din dari aspek positif, media sosial boleh membantu jemaah menunaikan ibadah dengan lebih baik, contohnya panduan doa, arah Lokasi ibadah dan fatwa semasa daripada ulama. Namun dari aspek negatif terdapa t risiko gangguan khusyuk, riya’ dan tumpuan berlebihan kepada rakaman video (selfie) sehingga mengurangkan nilai ibadah. Tegasnya media sosial bukan untuk populariti, pujian atau konten yang viral. Jangan sampai media sosial menjadi gangguan sehingga melalaikan muhasabah diri semasa amalan haji. Manakala dari aspek Hifz al-nafs, media sosial boleh menjadi saluran maklumat kecemasan (lokasi sesat, kesesakan dan cuaca), Namun keterlaluan boleh menyebabkan kelalaian terhadap keselamatan. Contohnya sibuk merakam ketika berjalan semasa mengerjakan Tawaf ditakuti pelaksanaan kurang sesuai dengan kehendak syariat. Demikian juga dari aspek Hifz al-Aql, ilmu Haji dapat dikongsi secara cepat melalui platform digital. Akan tetapi risiko penyebaran maklumat palsu yang boleh mengelirukan jemaah. Ikhsan (2024) menegaskan keutamaan memahami secara mendalam tentang maklumat haji mampu mengelakkan diri jemaah dari terjebak dalam salah tafsir berkaitan ibadah haji.. Aspek Hifz al-Nasl, pengalaman Haji dapat dikongsi secara baik di media sosial dan dapat mendidik generasi akan datang. Namun pendedeahan melampau (over sharing) boleh membuka ruang kepada fitnah atau penyalahgunaan maklumat. Allah SWT menggambarkan berkaitan Maqashid syariah dalam al Quran dalam surah al an'am:119. "Pada Allah telah menjadikan kepada kamu apa yang diharamkan-Nya atasmu, kecuali apa yang terpaksa kamu memakannya. "

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=