E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 571 • Kesukaran bergerak ketika tawaf, sa‘ie, atau melontar jamrah kerana keadaan kawasan yang sesak dan jarak perjalanan yang jauh. • Kebergantungan kepada kerusi roda, scooter elektrik atau pembantu peribadi. 2. OKU Penglihatan • Kesukaran menavigasi kawasan masjid dan tempat manasik. • Kekangan membaca papan tanda, kitab doa, atau memahami arah panduan. 3. OKU Pendengaran • Cabaran memahami khutbah, taklimat, atau pengumuman kecemasan. • Keterbatasan komunikasi dengan petugas atau jemaah lain. 4. OKU Intelektual/Pembelajaran • Memerlukan bimbingan visual, interaktif, serta penerangan ringkas bagi memahami aturan ibadah. 5. Isu Infrastruktur dan Sokongan • Walaupun kemudahan asas tersedia, masih terdapat kekangan dari segi mesra OKU, misalnya tandas, laluan khas, dan akses kepada maklumat. 3. Potensi AI sebagai Penyelesaian Penggunaan AI boleh menjadi pemangkin untuk mengatasi sebahagian besar isu-isu tersebut, antaranya: • Navigasi Pintar Aplikasi mudah alih berasaskan AI dengan teknologi geolocation , arahan suara, dan peta 3D dapat membantu jemaah buta atau berkerusi roda menavigasi kawasan masjid dan manasik. • Penterjemahan Automatik dan Komunikasi AI berasaskan speech-to-text dan real-time translation membantu jemaah pekak atau bisu memahami khutbah, taklimat, serta berinteraksi dengan petugas. • Pembantu Maya dan Robot Robot pandu arah di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi boleh memberikan maklumat dalam
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=