E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 570 OKU. Walaupun terdapat cabaran dari segi kos, bahasa, dan kesesuaian budaya, namun dengan sokongan pelbagai pihak, AI mampu berfungsi sebagai alat bantu yang inklusif, inovatif, dan berimpak tinggi. Integrasi AI dalam ibadat ini bukan sahaja menyelesaikan isu-isu praktikal, tetapi juga mencerminkan prinsip Islam yang menekankan kesamarataan, rahmah, dan kemudahan dalam beribadah. 1. Pengenalan Haji dan umrah merupakan ibadah yang bersifat jasmani, rohani dan intelektual. Pelaksanaannya memerlukan keupayaan fizikal yang tinggi serta kefahaman mendalam terhadap rukun dan wajib manasik. Bagi jemaah daripada kelompok orang kurang upaya (OKU), tuntutan ini sering menjadi cabaran besar kerana keterbatasan yang mereka hadapi. Walaupun kerajaan Arab Saudi telah menyediakan pelbagai kemudahan fizikal dan logistik mesra OKU, aspek keterangkuman dari sudut teknologi dan panduan bimbingan masih memerlukan penambahbaikan. Perkembangan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam era Revolusi Industri 4.0 telah memberi dimensi baharu kepada pengalaman beribadah. AI bukan sahaja berfungsi sebagai alat teknologi, tetapi juga sebagai pemudah cara yang mampu memperkasa jemaah OKU untuk menunaikan ibadat dengan lebih selesa, selamat, dan bermakna. 2. Isu-isu OKU dalam Pelaksanaan Haji dan Umrah Golongan OKU berdepan dengan pelbagai kekangan dalam melaksanakan ibadat haji dan umrah, antaranya: 1. OKU Fizikal
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=