E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 566 Akses inklusif dalam haji bagi OKU ialah memastikan ibadah dapat dilakukan tanpa halangan fizikal, maklumat, atau sosial , seiring dengan prinsip Islam yang menekankan keadilan, rahmah, dan kesamarataan. Akses inklusif dalam konteks ibadah haji bagi Orang Kurang Upaya (OKU) merujuk kepada penyediaan kemudahan, perkhidmatan, serta sokongan yang membolehkan jemaah haji berkeperluan khas menunaikan ibadah secara selamat, bermaruah, dan setara dengan jemaah lain tanpa sebarang bentuk diskriminasi. Konsep ini menekankan kepelbagaian bentuk sokongan, termasuk infrastruktur mesra OKU di kawasan suci, penyediaan maklumat dalam pelbagai medium yang sesuai dengan keperluan sensorimotor, khidmat bantuan profesional daripada petugas terlatih, serta dasar pengurusan haji yang mengutamakan kesaksamaan. Pelaksanaan akses inklusif bukan sahaja memudahkan jemaah OKU menunaikan ibadah rukun Islam kelima, bahkan mencerminkan prinsip keadilan, ihsan, dan rahmah yang menjadi teras ajaran Islam. “Akses inklusif haji bagi OKU ialah penyediaan kemudahan, maklumat dan sokongan yang membolehkan jemaah berkeperluan khas menunaikan ibadah dengan selamat, bermaruah dan setara tanpa diskriminasi.” METODOLOGI Penulisan ini menggunakan pendekatan kualitatif yang memfokuskan pada teknik penyelidikan kepustakaan yang mengumpul data dan maklumat untuk kajian daripada buku, kertas kerja, jurnal, artikel, dan statut perundangan. Manakala, data kajian yang diperolehi tersebut dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis dokumen bagi mendapatkan rumusan terhadap kedudukan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) menurut perspektif Islam Definisi ringkas Akses inklusif dalam haji bermaksud penyediaan kemudahan, perkhidmatan dan sokongan yang membolehkan jemaah haji Orang Kurang Upaya (OKU) menunaikan ibadat dengan selamat, mudah, bermaruah dan tanpa diskriminasi, setara dengan jemaah lain. Contoh Bentuk Akses Inklusif untuk Jemaah Haji & OKU: 1. Kemudahan Fizikal & Infrastruktur o Laluan khas kerusi roda di Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Mina, Arafah dan Muzdalifah. o Kenderaan elektrik atau buggy untuk tawaf dan sa’ie. o Tandas mesra OKU, lif & ramp. 2. Akses Maklumat & Bimbingan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=