E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 565 MAKKAH: Arab Saudi menggunakan teknologi robotik canggih dan kecerdasan buatan (AI) untuk menyokong jutaan jemaah Haji pada musim ini, menurut kenyataan Presidensi Am bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. • Arab Saudi menggunakan robot berteknologi tinggi dan AI seperti "Manarat Al-Haramain" untuk memberi panduan agama dalam pelbagai bahasa serta mengedarkan al-Quran dan air zamzam secara automatik di Masjidil Haram. • Robot pembedahan turut digunakan di Pusat Perubatan Raja Abdullah untuk menjalankan prosedur perubatan kompleks, membantu mempercepatkan pemulihan dan meningkatkan ketepatan rawatan semasa musim Haji. • Inisiatif ini adalah sebahagian daripada strategi digital Arab Saudi selaras dengan Wawasan 2030 untuk mempertingkatkan pengalaman ibadah Haji dan memimpin pembangunan teknologi dalam perkhidmatan agama di peringkat global. Apa itu Manara? Manara adalah robot berteknologi kecerdasan buatan (AI) yang diperkenalkan oleh Presidensi Hal Ehwal Agama Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sebagai salah satu inisiatif untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepada jemaah. Contoh bentuk akses inklusif untuk jemaah haji & OKU: 1. Kemudahan Fizikal & Infrastruktur o Laluan khas kerusi roda di Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Mina, Arafah dan Muzdalifah. o Kenderaan elektrik atau buggy untuk tawaf dan sa’ie. o Tandas mesra OKU, lif & ramp. 2. Akses Maklumat & Bimbingan o Panduan haji dalam format braille, audio atau video dengan sari kata/bahasa isyarat. o Sistem pengumuman yang jelas, visual & audio. o Aplikasi digital mesra OKU (contoh: notifikasi getar untuk OKU pendengaran). 3. Sokongan Perkhidmatan o Petugas khas terlatih untuk membantu jemaah OKU. o Kemudahan perubatan mudah dicapai (ambulans khas, peralatan sokongan mobiliti). o Penginapan berhampiran dengan kemudahan utama. 4. Dasar & Polisi Inklusif o Kuota atau keutamaan tertentu bagi jemaah OKU. o Prosedur pendaftaran haji yang tidak mendiskriminasi. o Kerjasama antara Tabung Haji, kerajaan Arab Saudi, dan NGO bagi memastikan kesaksamaan. Kesimpulan:

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=