E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 506 keseimbangan pasaran dan kualiti perkhidmatan kepada jemaah. Cadangan untuk Menjadikan Dasar Lebih Adil Responden mencadangkan beberapa langkah bagi memastikan dasar kuota lebih adil dan inklusif. Antara cadangan utama ialah penetapan kuota minimum bagi semua agensi, penggunaan pelbagai metrik penilaian seperti prestasi, kepatuhan, dan modal, serta penyediaan sokongan pembangunan seperti latihan, pembiayaan, dan bimbingan khusus bagi agensi kecil untuk memastikan mereka mampu bersaing secara efektif. Strategi dan Penyesuaian Operasi Agensi Agensi menekankan kepentingan menyesuaikan strategi operasi dengan dasar baru ini. Langkah- langkah termasuk menumpukan perhatian kepada pasaran khusus, melabur dalam kualiti perkhidmatan, serta memastikan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) untuk mengekalkan daya saing dan kestabilan operasi di tengah perubahan dasar. CADANGAN KAJIAN MASA DEPAN Berdasarkan dapatan kajian ini, beberapa cadangan untuk penyelidikan masa depan dapat dikenalpasti bagi memperkukuh pemahaman mengenai penetapan kuota umrah berdasarkan modal berbayar syarikat pengendali. Pertama, kajian lanjut boleh menilai keberkesanan dasar ini dalam meningkatkan integriti dan prestasi syarikat pengendali, termasuk penilaian terhadap kepuasan jemaah, kualiti perkhidmatan, dan tahap kepatuhan terhadap syarat operasi. Kedua, kajian perbandingan antara syarikat besar dan syarikat kecil boleh dijalankan untuk memahami cabaran dan strategi adaptasi agensi berskala kecil dalam sistem kuota, serta menilai impak dasar terhadap keseimbangan persaingan industri. Selain itu, kajian masa depan disarankan untuk mengembangkan model penilaian pelbagai dimensi yang bukan sahaja berasaskan modal, tetapi juga mengambil kira pengalaman, rekod prestasi, reputasi, dan tahap pematuhan syarikat. Penyelidikan terhadap implikasi ekonomi dan sosial dasar ini juga penting, khususnya dari segi aksesibiliti jemaah dan potensi dominasi pasaran oleh syarikat besar. Kajian kepuasan jemaah yang menilai pengalaman mereka melalui syarikat berasaskan modal berbayar dapat memberikan perspektif langsung terhadap keberkesanan dasar ini. Akhir sekali, kajian strategik yang menumpukan kepada mekanisme sokongan bagi agensi kecil, seperti bantuan modal, latihan, atau perkongsian platform, boleh membantu memastikan pelaksanaan dasar lebih inklusif, adil, dan mampan. PENUTUP Keseluruhannya, dasar kuota yang adil dan terancang berpotensi memperkukuh pengurusan industri umrah dan haji, memastikan keseimbangan peluang antara syarikat besar dan kecil, meningkatkan keberkesanan operasi, serta meningkatkan kepuasan jemaah. Pelaksanaan mekanisme yang saksama akan membantu mengekalkan kualiti perkhidmatan dan memperkukuh integriti industri secara menyeluruh. Dasar penetapan kuota umrah berdasarkan modal berbayar syarikat pengendali merupakan inisiatif penting yang dapat memperkukuh integriti industri, menambah baik kawalan operasi, serta meminimumkan risiko penipuan yang boleh menjejaskan kebajikan jemaah. Pelaksanaan dasar ini membolehkan hanya syarikat yang mempunyai daya saing serta kekuatan kewangan yang mantap diberikan kepercayaan untuk menguruskan jemaah umrah. Walau bagaimanapun, kajian ini turut mendapati bahawa pendekatan berasaskan modal semata-mata tidak mencerminkan sepenuhnya keupayaan sebenar sesebuah syarikat, kerana aspek pengalaman, rekod prestasi, tahap pematuhan, serta reputasi juga merupakan penentu utama terhadap kecekapan pengurusan. Selain itu, dasar ini menimbulkan cabaran signifikan kepada agensi berskala kecil yang berisiko dipinggirkan, sekali gus mewujudkan ketidakseimbangan persaingan dan potensi dominasi pasaran oleh syarikat besar. Justeru, bagi memastikan pelaksanaan dasar lebih inklusif dan adil, adalah wajar jika ia disertai dengan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=