E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 505 Ya, modal = kemampuan awal A2 “Modal tunjuk kapasiti kewangan syarikat.” Tidak, faktor lain lebih penting A3,A4 “Pengalaman & reputasi lebih penting.” Sebahagian sahaja A1 “Modal penting tapi tak jamin kualiti.” Neratif : Tiada persetujuan penuh — hanya satu agensi setuju sepenuhnya, dua agensi berpendapat modal hanya sebahagian indikator. Jadual 10 : Kesan Dasar Terhadap Operasi & Strategi TEMA UTAMA AGENSI PETIKAN RINGKAS Kuota jelas → harga & jadual stabil A1,A2 “Boleh tetapkan harga lebih awal.” Agensi kecil perlu strategi khusus A3,A4 “Fokus pada pasaran khusus.” Pelaburan pada kualiti & kepatuhan A1,A4 “Perlu patuh SOP untuk kekal layak.” Neratif : Semua agensi melihat perlunya penyesuaian strategi sama ada melalui kestabilan operasi, fokus niche, atau pelaburan kualiti. Jadual 11 : Keupayaan Agensi Kecil & Kelebihan Kepada Besar TEMA UTAMA AGENSI PETIKAN RINGKAS Dasar beri kelebihan kepada besar A1,A2 “ Boleh dapat tawaran flight & hotel lebih murah.” Agensi kecil masih ada peluang spesifik A3,A4 “Boleh fokus pada pakej VIP atau komuniti.” Neratif : Dua agensi mengakui dasar memberi kelebihan kepada syarikat besar, namun ada pandangan bahawa agensi kecil masih boleh bertahan melalui market yang lebih khusus HASIL ANALISIS Sokongan dan Persepsi Agensi Terhadap Dasar Kuota Majoriti agensi menyokong cadangan penetapan kuota umrah berdasarkan modal berbayar kerana dasar ini dilihat dapat meningkatkan kawalan dalam industri, menyaring syarikat yang benar-benar layak, serta mengurangkan risiko penipuan atau scam. Walau bagaimanapun, sebilangan kecil agensi masih berhati- hati dan menekankan bahawa keberkesanan dasar bergantung kepada penguatkuasaan dan mekanisme pemantauan yang jelas. Kesan Dasar Terhadap Industri Umrah dan Pelaksanaan dasar kuota memberi kesan positif dari segi pengurusan dan perancangan operasi setiap agensi. Namun, ia juga menimbulkan kebimbangan mengenai jurang persaingan antara syarikat besar dan kecil, di mana agensi berskala kecil berisiko terpinggir dan menghadapi cabaran untuk bersaing dengan syarikat yang mempunyai modal lebih tinggi. Oleh itu, dasar ini berpotensi mempengaruhi

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=