E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 495 Pengenalan Modul Khas Pembangunan dan Sokongan Psikospiritual Jemaah Haji Modul khas ini boleh dijadikan dokumen rasmi dalam bimbingan haji Malaysia. Kandungan modul meliputi: i. Pengurusan Tekanan & Emosi: Panduan praktikal bagaimana menghadapi panas terik, kepadatan manusia, konflik bilik, dan homesick. ii. Kecerdasan Emosi Islami (Islamic Emotional Intelligence): Melatih kesedaran diri, empati, kawalan diri, dan motivasi berlandaskan nilai Qurani dan Nabawi. iii. Sesi Interaktif & Bengkel: Memberi ruang kepada jemaah untuk berkongsi pengalaman, kebimbangan, serta berlatih strategi coping secara praktikal. iv. Pemantauan & Penilaian: Modul ini perlu disertakan dengan instrumen ringkas (contohnya skala kepuasan rohani atau tahap tekanan) untuk menilai keberkesanan bimbingan. Cadangan-cadangan ini menegaskan bahawa psikospiritual jemaah haji perlu diberi perhatian setara dengan aspek teknikal dan logistik. Jemaah haji yang bersedia dari sudut mental, emosi, sosial, dan rohani lebih berupaya menghadapi ujian di tanah suci dengan sabar, reda, dan akhirnya beroleh haji mabrur. KESIMPULAN Hakikatnya, ibadah haji bukan sahaja menuntut kekuatan fizikal dan kelengkapan logistik, tetapi lebih mendalam lagi adalah cabaran psikospiritual yang perlu dihadapi oleh setiap jemaah. Kesabaran, disiplin, dan kemampuan menghayati kehidupan berjemaah merupakan kunci utama yang menentukan kualiti pengalaman haji. Cabaran mental dan emosi, penyesuaian diri, cuaca ekstrem, interaksi sosial, kesihatan tubuh, serta aspek sikap dan kerohanian semuanya menuntut perhatian serius kerana ia memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rohani jemaah. Dengan mengintegrasikan nilai-nilai Islam seperti sabar, husn al-khuluq dan tazkiyah al-nafs bersama pendekatan psikologi moden, satu model sokongan psikospiritual yang lebih holistik dapat dibangunkan. Cadangan penyelesaian seperti saringan kesihatan mental, modul bimbingan psikospiritual, integrasi psikologi Islam, pengukuhan sokongan sosial, serta modul khas pembangunan rohani adalah langkah proaktif untuk melengkapkan jemaah menghadapi musim haji dengan tenang, reda, dan penuh makna. Akhirnya, adalah ditekankan bahawa sememangnya terdapat keperluan agar bimbingan haji di Malaysia terus diperkasa dengan memberi penekanan setara antara dimensi teknikal dan dimensi psikospiritual. Hanya dengan persediaan menyeluruh ini, jemaah Malaysia berpeluang menzahirkan akhlak mulia, meraih pengalaman ibadah yang harmoni, serta mencapai matlamat tertinggi haji iaitu haji mabrur. RUJUKAN Al-Mubarakfurî, S. a.-R. (Cetakan Pertama 1428/2007). al-Rahîq al-Makhtúm. Qatar: Kementerian Waqaf dan Agama Islam, m.s 337. al-Suyútî, J. a.-D. (Cetakan Pertama 1422H/2002M). Lubãb al-Nuqúl fi Asbãb al-Nuzúl, Beirut: Muassasah Kutub al-Thaqãfiyyah, m.s 26. Beirut: Muassasah Kutub al- Thaqãfiyyah, m.s 26.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=