E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 479 Fasa 1: Analisis Keperluan Fasa pertama melibatkan analisis mendalam terhadap sistem latihan pembimbing haji sedia ada untuk mengenal pasti keperluan, cabaran dan peluang penambahbaikan. Analisis dilakukan terhadap dua komponen utama sistem sedia ada. Pertama, analisis terhadap platform ujian pembimbing yang sedia ada menunjukkan bahawa sistem semasa mempunyai ciri-ciri asas seperti pelbagai set ujian, penjejakan status kemajuan, sistem pemarkahan berasaskan peratusan, dan statistik prestasi asas. Walau bagaimanapun, beberapa kelemahan kritikal telah dikenal pasti termasuk ketiadaan algoritma pembelajaran adaptif, tiada dashboard untuk pentadbir memantau prestasi nasional, sistem pengurusan pengguna yang terhad, dan tiada integrasi dengan sumber rujukan hukum-hakam terkini. Kedua, analisis terhadap sistem AI chatbot yang sedia ada menunjukkan bahawa platform telah menggunakan model GPT-4o dengan sokongan dwibahasa (Bahasa Melayu dan Inggeris), sistem caching untuk mengelakkan panggilan API berulang, dan penjejakan penggunaan token. Namun, sistem ini difokuskan untuk pembelajaran matematik dan bukan untuk hukum-hakam haji, tidak mempunyai algoritma pembelajaran adaptif yang khusus, dan tiada mekanisme untuk memastikan ketepatan jawapan dari sudut syarak. Gap yang dikenal pasti melalui analisis ini membentuk asas kepada keperluan kerangka baharu yang dicadangkan. Keperluan utama yang dikenal pasti termasuk bank soalan khusus hukum- hakam haji yang disahkan oleh ulama, algoritma pembelajaran adaptif yang disesuaikan dengan tahap kefahaman individu, sistem penilaian berterusan yang objektif, dashboard analitik untuk pemantauan prestasi nasional, dan integrasi dengan resolusi Muzakarah Haji terkini. Fasa 2: Kajian Literatur Fasa kedua melibatkan kajian literatur terhadap tiga aspek utama. Pertama, kajian terhadap dokumen- dokumen rasmi berkaitan hukum-hakam haji khususnya Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-41 yang mengandungi 13 resolusi merangkumi lima kertas kerja utama. Resolusi- resolusi ini menjadi rujukan utama untuk kandungan platform yang akan dibangunkan. Kedua, analisis terhadap soalan-soalan ujian tauliah haji sedia ada untuk memahami skop dan kedalaman pengetahuan yang diperlukan oleh pembimbing haji. Soalan-soalan merangkumi topik-topik asas seperti rukun dan wajib haji, topik lanjutan seperti parameter darurah dan hajah, serta isu-isu kontemporari seperti penggunaan mask wajah semasa ihram. Ketiga, kajian literatur terhadap teknologi pembelajaran adaptif dan aplikasi AI dalam pendidikan untuk memahami pendekatan dan algoritma yang sesuai diadaptasi untuk konteks latihan pembimbing haji. Kajian ini memberi panduan tentang reka bentuk sistem pembelajaran yang berkesan. Fasa 3: Pembangunan Model Konseptual Fasa ketiga melibatkan pembangunan model konseptual kerangka pembelajaran digital berasaskan AI. Pembangunan model ini dilakukan melalui proses iteratif dengan mengintegrasikan dapatan dari fasa analisis keperluan dan kajian literatur. Model konseptual yang dibangunkan merangkumi tiga komponen utama: bank soalan interaktif, sistem penilaian berterusan, dan dashboard analitik. Proses pembangunan model melibatkan konsultasi dengan pakar fiqh untuk memastikan ketepatan kandungan dari sudut hukum-hakam, dan pakar teknologi untuk memastikan kebolehgunaan teknikal kerangka yang dicadangkan. Kerangka yang dihasilkan kemudiannya dinilai dari sudut kelayakan, kebolehgunaan, dan kesan yang dijangka terhadap kualiti latihan pembimbing haji.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=