E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 477 Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-41 yang diadakan pada 27-29 September 2024 di Kelantan telah membincangkan pelbagai isu hukum-hakam semasa berkaitan ibadah haji. Antara resolusi yang dikeluarkan termasuk permasalahan hukum-hakam ibadat haji 1445H, parameter darurah dan hajah dalam ibadat haji, serta masalah talfiq dalam pelaksanaan hukum haji. Resolusi-resolusi ini perlu disebarkan dan dipastikan kefahaman pembimbing haji adalah seragam di seluruh negara. Walaupun teknologi digital telah diperkenalkan secara terhad dalam sistem latihan semasa, analisis menunjukkan tiada platform khusus berasaskan kecerdasan buatan yang dibangunkan untuk melatih dan menilai kompetensi pembimbing haji secara sistematik. Platform sedia ada lebih berfokus kepada penilaian statik tanpa unsur pembelajaran adaptif yang disesuaikan dengan tahap kefahaman individu. Tambahan pula, tiada sistem pemantauan berpusat yang membolehkan Tabung Haji memantau prestasi latihan pembimbing secara nasional. Era Revolusi Industri 4.0 dan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI) membuka peluang baru dalam mentransformasikan pendidikan dan latihan termasuk dalam konteks pendidikan Islam. Pembelajaran berasaskan AI yang mengaplikasikan prinsip pembelajaran adaptif mampu menyesuaikan kandungan, kesukaran soalan dan kaedah pengajaran mengikut tahap kefahaman setiap individu. Pendekatan ini selaras dengan konsep Mastery Learning yang menekankan penguasaan sepenuhnya sesuatu topik sebelum beralih ke topik seterusnya. Justeru, kajian ini bertujuan membangunkan kerangka konseptual bagi platform pembelajaran digital berasaskan AI untuk latihan pembimbing haji. Kerangka yang dicadangkan ini dijangka dapat meningkatkan standardisasi kandungan latihan, menyediakan penilaian yang objektif dan berterusan, serta membolehkan akses yang saksama kepada pembimbing haji di seluruh Malaysia. Platform ini juga selaras dengan aspirasi RAJIH (Rancangan Aksi Jemaah Haji) dalam memperkukuh ekosistem bimbingan haji di era digital. SOROTAN LITERATUR Sistem Bimbingan dan Latihan Haji di Malaysia Pengurusan haji di Malaysia telah mengalami pelbagai transformasi sejak penubuhan Tabung Haji pada tahun 1969. Peranan pembimbing haji menjadi semakin penting dalam memastikan jemaah menerima bimbingan yang tepat dan menepati hukum-hakam yang ditetapkan. Pembimbing haji perlu mempunyai ilmu yang mendalam tentang rukun haji, wajib haji, sunat haji dan larangan-larangan semasa ihram serta kefahaman tentang isu-isu kontemporari yang timbul dalam pelaksanaan ibadah haji. Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-41 Musim Haji 1446H/2024M yang berlangsung di Hotel Perdana Kota Bharu, Kelantan pada 27-29 September 2024 telah membincangkan lima kertas kerja utama yang merangkumi permasalahan hukum-hakam ibadat haji, parameter darurah dan hajah, talfiq dalam pelaksanaan hukum haji, hukum menunaikan haji bagi wanita kematian suami, serta adab dan akhlak dalam pelaksanaan ibadat haji semasa di Masya'ir. Antara resolusi penting yang dikeluarkan termasuk hukum berkaitan penggunaan mask wajah untuk tujuan kecantikan semasa ihram yang dilarang kerana ia melekap dan menutupi sebahagian besar muka. Resolusi juga menetapkan bahawa tempoh bermalam di Mina adalah lebih daripada separuh malam pada hari-hari Tasyriq dan boleh dilakukan secara berterusan ataupun terputus-putus. Isu-isu kontemporari seperti ini perlu difahami dengan baik oleh pembimbing haji agar dapat memberi bimbingan yang tepat kepada jemaah. Pembelajaran Adaptif dan Mastery Learning Konsep Mastery Learning yang diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1968 menekankan bahawa semua pelajar boleh mencapai tahap penguasaan yang tinggi sekiranya diberi masa dan sokongan yang mencukupi. Prinsip utama Mastery Learning ialah pembelajaran bahagian demi
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=