E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 467 pembimbing (mutawwif). Oleh itu, setiap fitur perlu dikaji oleh pakar agama agar tidak membawa kandungan syubhat atau mengganggu akidah. Kerjasama dengan ulama dan penerapan garis panduan syariah harus dititikberatkan, seperti yang disarankan melalui startup teknologi syariah dalam sektor haji/umrah. Aspek pengguna juga mencabar kejayaan . Latar belakang kepelbagaian pengguna (warga tua atau kurang celik IT) mengharuskan antara muka yang mesra pengguna serta khidmat tunjuk ajar sebelum penggunaan. Selain itu, kepercayaan pengguna terhadap kecanggihan AI mungkin berbeza: sesetengah jemaah lebih selesa kepada tradisi manual (contohnya menghitung tasbih fizikal). Usaha pendidikan dan rekabentuk UI yang intuitif adalah penting untuk mengatasi halangan ini. Kesesuaian dengan Konteks Haji dan Umrah Secara kritikal, teknologi AI ini sesuai dikontekstualisasikan dengan ibadah haji/umrah sebagai alat bantu pintar, namun bukan pengganti pengalaman ibadah sejati. Saudi telah mengintegrasi AI dan robotika di Tanah Suci – misalnya robot penunjuk arah tawaf dan asisten AI dwibahasa serta sistem pemantau kerumunan secara waktu nyata – menandakan betapa dunia haji bergerak ke arah transformasi digital. Dalam hal ini, Al-Quran dan zikir berasaskan AI dapat dipandang sebagai kesinambungan inovasi tersebut. Ia dapat menyokong amalan haji/umrah dengan latihan manasik digital atau pembacaan doa yang sesuai pada waktu nyata. Namun demikian, pendekatan ini perlu berhati-hati. Kegiatan ibadah adalah pengalaman spiritual, sehingga ketulusan diri tidak boleh digantikan oleh mesin. Seperti yang dinyatakan sebelumnya, AI hanya bertindak sebagai panduan; nilai ibadah terletak pada niat hamba kepada Allah. Oleh itu, AI sebaiknya difokuskan dalam sesi persediaan dan pendidikan (sebelum berangkat) serta sebagai penyokong praktikal (misalnya reminder zikir), bukan semasa ritual utama yang memerlukan khusyuk. Dengan keseimbangan inilah teknologi ini boleh dianggap sesuai dalam konteks haji/umrah. Implikasi dan Cadangan untuk THiJARI Berdasarkan dapatan di atas, beberapa implikasi dan cadangan boleh diusulkan bagi pengembangan THiJARI: 1. Sistem Latihan Manasik Berasaskan AI: THiJARI dapat memasukkan manasik digital yang membolehkan jemaah berlatih ibadah haji secara simulasi peribadi sebelum keberangkatan. Misalnya, simulasi runtutan ibadah tawaf, sa’ie, atau doa di Arafah dengan AI dapat meningkatkan kefahaman jemaah. 2. Kolaborasi Teknologi Syariah: THiJARI disarankan bekerjasama dengan syarikat atau startup teknologi Islam yang berpengalaman, agar setiap fitur mematuhi nilai dan piawaian Islam. Ini meliputi penyediaan konten zikir dan Quran berstatus sahih, serta pemantauan ulama dalam menentukan garis panduan penggunaan AI. 3. Keselamatan dan Privasi Data: Sistem THiJARI perlu terus menggunakan mekanisme keselamatan seperti firewall dan penyulitan data yang telah diterapkan. Perlindungan data peribadi jemaah amat penting kerana baru ini berkaitan langsung dengan ibadah dan nilai spiritual pengguna. Pematuhan kepada standard keselamatan negara (contohnya garis panduan RMIT) juga harus dijadikan asas pembangunan aplikasi. 4. Antaramuka Mesra Pengguna: dikembangkan dengan antara muka intuitif, icon mudah difahami, dan sokongan Bahasa Melayu/Arab/Inggeris. Ketersediaan mod luar talian (offline mode) adalah kunci bagi kawasan tanpa sambungan. Fitur pelatihan singkat (tutorial) dan sokongan pengguna (bahagian FAQ atau khidmat pelanggan) perlu ada untuk membantu jemaah yang kurang arif teknologi. 5. Pendampingan Pengguna: THiJARI boleh menyediakan latihan atau webinar menggunakan baru ini sebelum musim haji. Bimbingan berterusan oleh petugas TH dan murottal live bersama

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=