E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 422 7.0 HUBUNGAN YANG DICADANGKAN Model konseptual yang dicadangkan menggambarkan bahawa Kualiti Perkhidmatan, Kepercayaan, dan Kemudahan Digital mempengaruhi Persepsi Jemaah, yang seterusnya dapat dinilai dan diperkukuh melalui Analisis AI. AI berperanan sebagai feedback mechanism yang menganalisis ribuan maklum balas secara automatik, mengenal pasti pola emosi dan menyalurkan maklumat kepada pengurusan untuk penambahbaikan berasaskan data. Rajah 1 (Model Konseptual Persepsi Jemaah Haji dan Peranan Analisis AI) Kualiti Perkhidmatan ⬇ Kepercayaan ⬇ Kemudahan Digital ⬇ Persepsi Jemaah ⬇ Analisis AI ⬇ Penambahbaikan Strategik 8.0 PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN 8.1 Implikasi Teoritis Kerangka ini memperluas peranan teori kepuasan pelanggan dengan menambah komponen teknologi analitik sebagai elemen penilaian. Ia menggabungkan dimensi keagamaan (kepercayaan dan syariah) dengan inovasi digital (AI dan NLP), sekaligus memperkukuh literatur dalam bidang pengurusan haji dan kewangan Islam. 8.2 Implikasi Praktikal Bagi Tabung Haji, penerapan analisis sentimen boleh dijadikan sistem amaran awal ( early warning system ) bagi memantau isu jemaah secara masa nyata. Misalnya, lonjakan komen negatif di media sosial boleh menandakan masalah logistik tertentu yang perlu ditangani segera. Selain itu, AI boleh membantu dalam pelaporan kualiti perkhidmatan, pengukuran kepuasan, serta penggubalan dasar komunikasi pelanggan yang lebih proaktif dan empatik. 9.0 SUMBANGAN KEPADA POLISI DAN PENGURUSAN ISLAMIK Pendekatan AI ini selari dengan agenda Malaysia Madani dan Revolusi Industri 4.0 yang menekankan penggunaan teknologi beretika. Dalam konteks Islam, analitik data yang digunakan dengan niat memperbaiki perkhidmatan kepada jemaah menepati prinsip maslahah umum dan ihsan dalam perkhidmatan.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=