E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 421 4.3 Kecerdasan Buatan dalam Konteks Islamik Integrasi AI dalam pengurusan institusi Islam perlu berpaksikan prinsip maqasid al-shariah , memastikan teknologi digunakan untuk maslahah dan keadilan. Pendekatan analitik yang digabungkan dengan etika Islamik dapat membantu institusi seperti Tabung Haji mengekalkan nilai integriti, amanah, dan tanggungjawab sosial dalam pengurusan datanya (Ibrahim, 2023). 5.0 METODOLOGI KAJIAN KONSEPTUAL Artikel ini menggunakan pendekatan konseptual dengan meninjau kajian empirikal terdahulu, membina justifikasi teori, dan mencadangkan satu kerangka hubungan antara konstruk utama. Kaedah ini melibatkan: i. Analisis Literatur – Kajian sistematik terhadap artikel berkaitan persepsi jemaah, pengurusan haji, dan aplikasi AI dalam sektor perkhidmatan Islamik. ii. Sintesis Teori – Menggabungkan teori Kepuasan Pelanggan (Customer Satisfaction Theory) dan Teori Penerimaan Teknologi (Technology Acceptance Model, Davis, 1989) bagi menjelaskan hubungan antara persepsi jemaah dan penggunaan analitik AI. iii. Cadangan Model Konseptual – Membangunkan hubungan hipotesis antara pemboleh ubah utama: Kualiti Perkhidmatan , Kepercayaan , Kemudahan Digital , Persepsi Jemaah , dan Analisis AI sebagai alat penilaian. 6.0 CADANGAN KERANGKA KONSEPTUAL 6.1 Pemboleh Ubah Utama i. Kualiti Perkhidmatan (Service Quality) Merangkumi aspek penginapan, makanan, logistik, dan bimbingan ibadah. ii. Kepercayaan (Trust) Mewakili keyakinan jemaah terhadap ketelusan, integriti, dan patuh syariah Tabung Haji. iii. Kemudahan Digital (Digital Convenience) Menilai tahap keberkesanan sistem digital seperti aplikasi THiJARI dan portal haji. iv. Persepsi Jemaah (Pilgrim Perception) Merangkumi keseluruhan tanggapan, emosi, dan pengalaman terhadap perkhidmatan. v. Analisis AI (AI-Based Sentiment Analysis) Berperanan sebagai alat menilai dan menterjemah persepsi melalui data digital. Jadual 1 : Faktor Persepsi Jemaah terhadap Perkhidmatan Tabung Haji Kualiti Perkhidmatan Meliputi aspek fizikal seperti penginapan, makanan, logistik, dan bimbingan ibadah. Kepercayaan Menunjukkan keyakinan jemaah terhadap ketelusan dan kepatuhan syariah Tabung Haji. Kemudahan Digital Penilaian terhadap kecekapan sistem aplikasi THiJARI, portal haji, dan saluran maklumat digital. Persepsi Jemaah Menunjukkan pengalaman, emosi dan pandangan umum terhadap perkhidmatan yang diterima. Analisis AI Peranan AI dalam menilai dan menambah baik kualiti perkhidmatan melalui analisis sentimen digital.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=