E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 406 Pandangan Ali Shariati tentang Falsafah Ibadah Haji Ali Shariati (1983) merupakan antara tokoh pemikir Islam moden yang paling mendalam membahaskan falsafah ibadah haji melalui karya monumentalnya, Hajj: Reflections on Its Rituals. Bagi beliau, haji bukan sekadar ritual fizikal tetapi merupakan proses simbolik yang sarat dengan makna spiritual, eksistensial, dan sosiopolitik. Shariati melihat ibadah haji sebagai satu perjalanan transformasi manusia ke arah penyatuan diri dengan Tuhan, pembebasan dari belenggu duniawi, dan kesedaran terhadap tanggungjawab sosial. Menurut Shariati, Ihram menandakan pelepasan dari identiti sosial dan status duniawi; jemaah memasuki wilayah kesamarataan, meninggalkan ego dan materialisme. Tawaf pula menggambarkan manusia menjadikan Tuhan sebagai pusat hidupnya, berputar mengelilingi Kaabah sebagai simbol Tauhid mutlak. Sa’ie dilihat sebagai perlambangan usaha manusia dalam menghadapi cabaran hidup, mengikuti jejak Siti Hajar dalam pencarian air sebagai survival spiritual dan fizikal. Wuquf di Arafah merupakan kemuncak kontemplasi dan kesedaran diri, di mana individu berdiri sebagai hamba di hadapan Pencipta, merenung tentang asal-usul, kehidupan dan kematian. Melontar jamrah adalah lambang perjuangan menentang syaitan dalaman — nafsu, kezaliman dan ketidakadilan sosial. Manakala tahallul menandakan kelahiran semula spiritual, simbol pemurnian jiwa selepas melalui proses penyucian batin yang menyeluruh. Shariati menegaskan bahawa haji adalah satu bentuk revolusi spiritual dan sosial — satu proses "de- individualisasi" yang membawa kepada kesedaran kolektif umat Islam. Dalam konteks ini, haji merupakan manifestasi Tauhid bukan hanya dalam ibadah, tetapi juga dalam keadilan, perpaduan, dan kesamaan manusia tanpa mengira bangsa, warna kulit atau kelas sosial (Shariati, 1983). Shariati mengajak umat Islam untuk menghayati haji sebagai jalan pembebasan: "Haji adalah revolusi. Haji adalah kelahiran semula. Haji adalah pertemuan manusia dengan sejarahnya, dengan penciptanya, dan dengan umatnya" (Shariati, 1983, hlm. 46). Pendekatan ini meluaskan pengertian ibadah haji daripada sekadar pemenuhan kewajiban rukun Islam kepada satu bentuk pendidikan rohani dan sosial yang mendalam. Pandangan Syed Qutb tentang Falsafah Ibadah Haji: Suatu Tinjauan Akademik Syed Qutb, seorang pemikir dan mufassir Islam abad ke-20, memberi penekanan besar terhadap makna tauhid dan keesaan Allah dalam semua aspek kehidupan, termasuk dalam ibadah haji. Meskipun beliau tidak menulis satu karya khusus tentang falsafah haji sebagaimana Ali Shariati, namun pandangan beliau tentang ibadah ini dapat dirujuk melalui karya-karyanya seperti Fi Zilal al-Qur'an, terutamanya ketika menafsirkan ayat-ayat berkaitan haji dalam surah Al-Baqarah dan Surah Al-Hajj. Bagi Syed Qutb, haji adalah lambang tauhid dalam bentuk yang paling nyata, satu manifestasi penyatuan jiwa dengan kehendak Ilahi serta simbol kepada penolakan terhadap syirik, kezaliman dan ketundukan kepada selain Allah (Qutb, 2000). Ritualritual haji sep erti ihram, tawaf, sa’ie dan wuquf menggambarkan perjalanan manusia menuju fitrah asalnya dan tunduk sepenuhnya kepada Allah tanpa perantara. Haji menurut beliau adalah “sekolah tarbiah” yang melatih umat Islam membentuk peribadi bertaqwa, serta kesatuan ummah. Ihram, menurut Qutb, memisahkan manusia dari kebergantungan duniawi, menjadikannya setara di sisi Allah tanpa pengaruh darjat atau harta. Tawaf pula mencerminkan tumpuan hidup kepada Allah semata- mata, manakala sa’ie adalah simbol kepada usaha gigih manusi a dalam mencapai keredaan Allah, sebagaimana pengorbanan Hajar. Wuquf di Arafah ditafsir beliau sebagai saat pertemuan dengan hakikat kemanusiaan dan pencarian makna hidup. Melontar jamrah mewakili perjuangan melawan kejahatan, syaitan dan kezaliman sistemik. Akhirnya, tahallul melambangkan pembersihan diri dan pembaharuan spiritual.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=