E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 388 Hanya kira-kira 50.34% berminat untuk pendakian Jabal Nur. Walaupun begitu, ia masih melibatkan dua buah bas untuk ke tapak pendakian. Pemilihan bas yang sesuai adalah penting bagi tujuan pergerakan yang dijangka akan melebihi waktu tengah malam. Ziarah ke muzium juga mendapat permintaan tinggi daripada jemaah dengan lebih 78% direkodkan. Ini berikutan lokasi ini hampir dengan Wadi Berkat dan seterusnya melalui miqat di Hudaibiyah. Bagi yang ingin melaksanakan ibadah umrah, mereka akan mempersiap diri untuk pelaksanaan ibadah. Melihat kepada peratusan yang ingin ke Muzium Wahyu, ia merekodkan data 63.27% . Lokasi ini menyingkap sejarah yang dipaparkan melalui tanyangan digital. Di samping itu, replika Gua Hira’ juga ada di sini bagi yang tidak berhasrat untuk melakukan pendakian. Secara keseluruhannya, paparan senarai semak aktiviti dapat dilihat melalui telefon bimbit masing- masing yang ada sambungan internet. Setiap kali jemaah berubah fikiran untuk tidak menyertai mana- mana program ziarah, setiap mutawwif dan mutawwifah bertugas dapat membuat semakan secara terus. Kajian ini juga memperlihat jumlah kewangan yang telah digunakan untuk setiap program ziarah. Tambahan lagi, pihak syarikat dapat melihat minat jemaah untuk program ziarah dan dapat merancang untuk program akan datang dengan lebih baik dan menarik. Cadangan Penambahbaikan Dalam kajian ini, aplikasi yang efisien dan interaktif boleh dibangunkan bagi memastikan kemudahan dalam pengemaskinian, pemerolehan data, serta impak kepada pembuat Keputusan sama ada dalam musim umrah atau haji. Pengambilan data daripada sampel yang lebih besar boleh memberikan impak dapatan yang lebih tepat dalam kajian keberkesanan penggunaan aplikasi Google Sheet ini. Ia bakal memberikan gambaran betapa kepentingan aplikasi ini bakal memberikan kesan positif kepada imej sesebuah agensi. Tambahan pula, ketepatan jumlah jemaah amat perlu dititikberatkan dalam musafir ibadah ini. Ia bukan saja melibatkan kos pengangkutan, malah pengurusan yang efisien untuk perkara yang lain seperti bilangan visa umrah dan visa ziarah dalam satu-satu masa, atau pengurusan ketika tiba dan pulang melalui lapangan terbang antarabangsa di kedua-dua buah negara. PENUTUP Berdasarkan kepada keseluruhan kajian ini, dapat dirumuskan bahawa kajian berkenaan Adaptasi Internet of Things (IoT) melalui Aplikasi Google Sheet Bagi Program Ziarah adalah perlu bagi menyelesaikan masalah-masalah yang timbul khususnya perjalanan program ziarah, tempahan kenderaan dan jumlah kos yang diperlukan. Pada musim haji, pengurusan ziarah ini dapat mengambil kira pergerakan jemaah sekaligus memantau perkara-perkara yang melibatkan larangan-larangan tertentu terutamanya pergerakan yang diuruskan sendiri sebelum 8 Zulhijjah. Manakala urusan ziarah ketika umrah di luar musim haji dapat meningkatkan kredibiliti pengendali dari sudut pengurusan serta ketelusan kos yang terlibat. Hasilnya, teknologi yang digunakan dalam era AI ini dapat dimanfaatkan secara optimum bukan sahaja kepada pengendali, malah kepada jemaah itu sendiri. Penghargaan: Kajian ini adalah dengan kerjasama Halaqah Mukhlisin Travel & Tours serta penasihatan melalui pengurusan Profesional Mutawwif Development International College (PMDIC).
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=