E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 387 Rajah 8. Impak Penggunaan Google Sheet Tanpa mengenepikan kepentingan dokumen fizikal, data dalam talian memberikan penjimatan dan pengemaskinian berpusat dengan masa yang efektif. Rumusan Dapatan Kajian Berdasarkan kepada data Google Sheet yang dibangunkan, maklumat jemaah dengan dilengkapi nama, senarai program ziarah, jumlah kos yang diperlukan dapat dilihat secara terus oleh petugas dan para jemaah. Hasil daripada temu bual tidak berstruktur juga mendapati dua keperluan penting diperlukan bagi memastikan penggunaan sistem ini dapat dilaksanakan dengan efisien. Ia melibatkan bengkel kepada pengguna serta perincian dokumen. Melalui penelitian kepada dapatan soal selidik, 100% bersetuju penggunaan sistem secara dalam talian ini dapat membantu untuk pengurusan jemaah dengan lebih baik, khususnya berkaitan program ziarah. PERBINCANGAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Secara keseluruhannya, setiap data yang telah dibangunkan di dalam Google Sheet memberi manfaat kepada pengemaskinian yang efisien dan bersepadu. Pada dasarnya, setiap intipati yang telah diisi di dalam sistem dapat dikemaskini secara mudah. Perbincangan Melalui data yang diperoleh dari beberapa ziarah yang telah ditepkan, peratusan keterlibatan jemaah bagi setiap program ziarah yang telah dikenal pasti. Hanya 43.54% daripada jumlah jemaah akan menaiki kereta api laju dari Mekah ke Madinah. Ini bermakna, 108 jemaah akan menaiki bas. Jika dikira daripada jumlah ini, penyusunan jemaah dengan tiga bas perlu diagihkan secara efisien dengan mengambil kira mutawwif dan mutawwifah yang bertugas dalam setiap bas. Bagi ziarah Badar, pengambilan tiga bas panjang adalah kurang tepat. Maka, agihan bas dengan 52 orang setiap bas perlu ditempah. Jadi, dua bas dengan 104 orang jemaah termasuk mutawwif akan diagihkan dengan baik. Baki 11 orang jemaah perlu menempah kenderaan lain seperti van atau starex. Bagi perjalanan ini, kenderaan starex dengan sepuluh jemaah dan seorang mutawwif telah diagihkan. Seramai 96 orang atau 65.31% jemaah berminat untuk ke Taif dengan menaiki laluan berserta kereta kabel. Maka, hanya dua bas panjang diperlukan menuju ke kawasan kereta kabel, sebelum dua bas lagi akan menunggu di puncak al-Hada. Keperluan data yang jelas seperti ini akan memudahkan pengurusan tempahan dengan meminimumkan kerugian.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=