E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Ipoh , Perak, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 376 Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan dapat dikemukakan bagi memperkukuh modul bimbingan manasik haji Lembaga Tabung Haji (LTH). Pendekatan mikro-pembelajaran (microlearning) dicadangkan dengan memecahkan modul pembelajaran kepada unit-unit kecil selama 5 – 10 minit yang mudah difahami dan diulang, di mana setiap topik seperti ihram, wukuf, tawaf, sa‘i, dan dam boleh disampaikan dalam bentuk video pendek, infografik, serta kuiz interaktif yang boleh diakses melalui aplikasi mudah alih. Selain itu, simulasi amali realistik perlu diperkaya dalam kursus KPH untuk menyerupai keadaan sebenar di Tanah Suci, termasuk suasana sesak, masa terhad, dan pergerakan jemaah yang kompleks, bagi membiasakan peserta dengan cabaran fizikal dan logistik ibadah haji. Integrasi teknologi digital (VR/AR) juga dicadangkan, di mana teknologi Digitalisasi (VR) memberi pengalaman “pra - haji” seperti simulasi tawaf dan sa‘i, manakala teknologi Digitalisasi(AR) memberikan panduan interaktif secara langsung melalui telefon pintar, seterusnya mengurangkan kejutan budaya dan logistik yang dialami jemaah. Pembangunan aplikasi mudah alih interaktif dengan ciri-ciri seperti kalkulator dam, peta lokasi ibadah interaktif, modul soal jawab fiqh, pengingat masa, dan rekod amali ibadah juga boleh dihubungkan dengan pangkalan data Tabung Haji untuk memudahkan komunikasi dan pemantauan. Modul khas wanita perlu diberi perhatian kerana isu berkaitan haid, nifas, dan istihadah sering menimbulkan kekeliruan; modul ini dapat membantu meningkatkan keyakinan jemaah wanita melalui penyelesaian praktikal semasa haji. Akhir sekali, rubrik penilaian amali boleh dibangunkan untuk menilai penguasaan amali jemaah dalam setiap kursus, berfungsi sebagai instrumen diagnostik bagi mengenal pasti tahap kefahaman sebelum dan selepas kursus serta memastikan bimbingan yang lebih bersifat peribadi (personalized learning). PENUTUP & KESIMPULAN Kajian ini menegaskan bahawa modul bimbingan haji LTH berkesan dalam aspek asas, tetapi masih perlu diperkukuh. Jurang kefahaman pada aspek larangan ihram, dam dan isu wanita menuntut inovasi pedagogi dan teknologi. Dengan integrasi pembelajaran interaktif, aplikasi digital, VR/AR, serta modul khas wanita, Malaysia bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti bimbingan, tetapi juga mengekalkan reputasi sebagai model pengurusan haji terbaik di peringkat global. Kajian ini menilai keberkesanan modul manasik haji yang dilaksanakan oleh Lembaga Tabung Haji (LTH) Malaysia melalui siri kursus berfasa iaitu Kursus Asas Haji (KAH), Kursus Intensif Haji (KIH), Kursus Khas Haji (KKH) dan Kursus Perdana Haji (KPH). Secara keseluruhan, modul-modul ini terbukti berkesan dalam memberikan kefahaman asas jemaah haji, khususnya berkaitan rukun dan wajib haji. Namun begitu, masih terdapat kelemahan dalam topik yang lebih kompleks seperti larangan ihram, jenis-jenis dam, serta isu wanita yang memerlukan penjelasan lebih mendalam dan bimbingan lebih praktikal. Perbandingan dengan negara lain menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai sistem bimbingan haji yang sistematik dan tersusun, namun terdapat ruang untuk diperbaiki melalui penggabungan amalan terbaik antarabangsa. Pendekatan Indonesia dari segi keterlibatan masyarakat, Brunei melalui bimbingan personal, serta Turki dengan penggunaan teknologi digital, boleh dijadikan inspirasi untuk memperkukuh lagi modul Malaysia. Oleh itu, penambahbaikan perlu difokuskan kepada integrasi pedagogi moden dan teknologi digital seperti mikro-pembelajaran, simulasi realistik, aplikasi mudah alih interaktif, serta penggunaan realiti maya (VR) dan realiti terimbuh (AR). Penekanan juga perlu diberikan kepada pembangunan modul khas wanita serta rubrik penilaian amali yang dapat memastikan setiap jemaah benar-benar memahami dan menguasai tatacara ibadah. Kesimpulannya, transformasi modul manasik haji ke arah pendekatan yang lebih interaktif, inklusif, dan digital merupakan langkah penting bagi meningkatkan keberkesanan bimbingan LTH. Usaha ini bukan sahaja akan memperkukuh kefahaman dan keyakinan jemaah Malaysia, tetapi juga menyumbang kepada

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=