E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 33 Rajah 1: Model Integrasi PEKTA dengan Teknologi AI dalam Latihan Haji Model ini menunjukkan bagaimana PEKTA menyepadukan elemen tarbiah tradisional dengan teknologi kecerdasan buatan untuk memperkasakan modul bimbingan haji. Ia merangkumi analitik prestasi, imulasi maya, dan system pemantauan masa nyata. Jadual 1: Fasa Strategik Pelaksanaan PEKTA dalam Era AI BIL. FASA KOMPONEN UTAMA TEKNOLOGI DIGUNAKAN OUTPUT 1. Pemetaan Kompetensi Ujian kendiri PIHTAS AI Assessment Tool Profil kompetensi individu 2. Latihan Modular Kelas & bengkel interaktif LMS + AI personalization Jadual latihan fleksibel 3. Pemantauan & Audit Lawatan dan pemantauan lapangan Dashboard Real- time Skor prestasi & maklum balas 4. Penilaian & Tindak Lanjut Penilaian akhir & coaching Sistem merit AI Kelayakan pensijilan PEKTA PENUTUP Strategi PEKTA Secara keseluruhannya, PEKTA (Program Elit Khidmat Tarbiyah Haji) muncul sebagai model inovatif dan tersusun yang menggabungkan pendekatan strategik, latihan komprehensif, serta nilai tarbiyah berteraskan syariat dalam konteks bimbingan haji. Kajian strategik ini menekankan bahawa PEKTA bukan sekadar program latihan biasa, tetapi merupakan model khidmat elit yang membina kompetensi tenaga bimbing haji secara sistematik dan berfasa. Model ini menekankan gabungan kemahiran teknikal, kefahaman syariah, dan pengukuhan akhlak, menjadikan pembimbing haji bukan sahaja cekap dari sudut prosedur dan logistik, tetapi juga berjiwa rabbani, berakhlak mulia, dan mampu memberikan pengalaman ibadah yang lebih mendalam kepada jemaah. Melalui perancangan berfasa, PEKTA menyediakan kerangka latihan progresif: bermula dengan pengukuhan asas dan pencapaian quick wins, pengembangan kapasiti, hingga pengukuhan kepimpinan dan kesinambungan kualiti. Pendekatan ini memastikan setiap peserta melalui perjalanan pembelajaran yang sistematik, membina barisan khidmat elit yang mampu menzahirkan nilai ihsan dalam setiap interaksi dengan jemaah. Implikasi Akademik Sebagai satu kajian strategik, PEKTA memberikan implikasi akademik yang luas. Model ini berpotensi dijadikan rujukan dalam pengajian tinggi dan penyelidikan berkaitan pengurusan haji, pendidikan Islam, dan pembangunan modal insan. Kajian lanjutan boleh merangkumi analisis keberkesanan modul latihan terhadap kepuasan jemaah, kajian komparatif dengan model bimbingan antarabangsa, serta penilaian jangka panjang terhadap pembangunan sumber manusia Islam. Dengan demikian, PEKTA bukan sahaja relevan dari perspektif praktikal, tetapi turut menyumbang kepada pengembangan teori dan literatur

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=