E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Ipoh , Perak, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 308 ASPEK DIGITALISASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN: KAJIAN TERHADAP KURSUS ASAS HAJI BERSIRI 1 Mohamad Muhaimin Mohamad Zaki ( corresponding author ), 2 Afnan Faiz Ridzuan bin Ahmad, 2 IPG Kampus Darulaman, Kedah Emel : muhaiminkpm@gmail.com. ABSTRAK Perkembangan revolusi perindustrian 4.0 terutamanya dalam teknologi maklumat pada masa kini secara tidak langsung telah mewujudkan pelbagai platform pengajaran dan aplikasi secara atas talian. Kesemua platform ini adalah bertujuan membantu dan memudahkan pengguna untuk menjalankan kegiatan harian mereka terutamanya dalam aspek kewangan, gaya hidup dan pengajaran dan pembelajaran. Tidak terkecuali Kursus Asas Haji (KAH) yang dianjurkan oleh Tabung Haji setiap tahun sebagai persediaan bagi membantu mereka dengan lebih baik terutamanya berkaitan hukum hakam ilmu manasik ibadah haji. Kajian ini melibatkan analisis terperinci terhadap tingkat adopsi teknologiyang diperlukan oleh tenaga pengajar dan peserta KAH, faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan aplikasi pembelajaran digital, serta keberkesanan dan kepuasan terhadap penggunaan teknologi dalam proses pembelajaran. Kajian juga mengkaji kesediaan penganjur untuk mempersiapkan pembelajaran digital dalam KAH terutamanya mengaplikasikan elemen tekologi maklumat serta kemudahan asas di lokasi kursus. Metodologi kajian ini melibatkan pengumpulan data melalui temu bual tidak berstruktur yang dijalankan secara rawak terhadap beberapa pengajar dan peserta KAH. Hasil kajian diharapkan dapat memberikan gambaran menyeluruh tentang sejauh mana KAH perlu mengaplikasikan pembelajaran digital, serta faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan tersebut bagi meningkatkan kefahaman para peserta sebagai duyuf al-Rahman. Keputusan kajian ini dapat memberi panduan kepada pihak pengendali KAH untuk menyelaraskan pendekatan pengajaran dengan keperluan dan penerimaan teknologi di kalangan peserta seiring dengan elemen digitalisasi dan kemajuan teknologi pada masa kini . Kata kunci: Digitalisasi, Pengajaran, Kursus, Haji. PENGENALAN Ibadah haji merupakan rukun Islam kelima yang telah difardhukan oleh Allah SWT melalui al- Qur’an dan hadith ke atas umat Islam yang diwariskan bermula daripada baginda Nabi Ibrahim a.s. Ia juga merupakan salah satu rukun Islam yang dituntut kepada setiap Muslim yang berkemampuan menunaikannya sekurang- kurangnya sekali dalam seumur hidup. (Mohamad Muhaimin Mohamad Zaki, 2018). Kefarduan ibadah haji mula diwajibkan pada tahun tahun ke sembilan Hijrah kerana pada tahun itulah turunnya wahyu Allah di dalam al- Qur’an. (Lembaga Tabung Haji, 2009). Firman Allah SWT: “ Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu dikepong (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati; dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. ” (Al-Baqarah, 2: 196).
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=