E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 288 Konstruk Penilaian Kursus Bimbingan Haji sebagai Asas Penambahbaikan: Analisis Tahap Kefahaman, Cabaran dan Impak Program terhadap Jemaah Haji 1 Mohd Farhan Md Ariffin ( corresponding author ), 2 Huda Mohd Fadzil , 3 Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar , 4 Muhammad Hanif Jofri , 5 Mohammad Fahmi Abdul Hamid, 6 Muhammad Iskandar Shah Ab. Ahmid, 7 Ahmad Munawar Ismail & 8 Latifah Binti Abdul Majid 1, 2,7,8 Universiti Kebangsaan Malaysia 3 Universiti Malaya 4 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 5 Universiti Teknologi MARA 6 Universiti Teknikal Malaysia, Melaka Emel : farhan.ariffin@ukm.edu.my ABSTRAK Program bimbingan haji merupakan elemen penting dalam memastikan para jemaah haji dapat melaksanakan ibadah dengan sempurna dan mencapai objektif utama haji mabrur. Kajian ini dijalankan bagi meninjau tahap kefahaman jemaah terhadap modul bimbingan, mengenal pasti cabaran pelaksanaan program serta menilai faktor keberkesanan, impak bimbingan haji dan cadangan penambahbaikan. Kajian ini berbentuk kuantitatif berdasarkan kepada kajian rintis yang telah dilaksanakan pada Ogos sehingga September 2025. Kaedah pengumpulan data mengguna pakai medium borang soal selidik melalui aplikasi Google form yang diedarkan ke seluruh Malaysia. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 27 secara deskriptif, frequency (jadual kekerapan), skor min, sisihan piawai, metode crosstabulation (jadual rujuk silang). Dapatan awal menunjukkan bahawa tahap kefahaman jemaah umumnya meningkat selepas mengikuti bimbingan, namun beberapa perkara yang perlu diberi perhatian seperti wajib haji, jenis haji, waktu wuquf dan melontar jamrah. Pada masa yang sama, wujud cabaran signifikan dalam bimbingan jemaah haji iaitu pendekatan visual yang masih terhad. Antara faktor utama mempengaruhi keberkesanan bimbingan haji ialah kualiti penyampaian penceramah, penggunaan bahan bantu mengajar yang interaktif serta pengetahuan awal responden terhadap ilmu ibadah haji. Secara keseluruhan, program bimbingan haji memberi impak positif terhadap kesiapsiagaan jemaah namun beberapa perkara dari segi ilmu, emosi, fizikal dan akhlak masih mempunyai ruang untuk diberi lebih perhatian. Penambahbaikan juga perlu dilaksanakan dengan memberi penekanan terhadap elemen spiritual dan psikologi, penerapan isu kontemporari serta penggunaan multimedia interaktif. Kajian turut mencadangkan penyediaan modul khas bagi golongan OKU dan warga emas agar bimbingan lebih inklusif. Dapatan ini diharap menjadi panduan kepada semua penyedia latihan dan bakal jemaah bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan ibadah haji. Kajian ini juga menjadi asas kepada fasa lapangan berskala besar melibatkan 1,000 – 2,000 responden bagi menilai kefahaman, cabaran, impak dan cadangan penambahbaikan program bimbingan haji secara menyeluruh. Kata kunci: Bimbingan haji, kefahaman jemaah, cabaran haji, faktor keberkesanan program, impak kursus haji
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=