E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 245 PENUTUP Kajian ini menegaskan bahawa qirāʾāt al - Qurʾān bukan sekadar variasi bacaan yang diwarisi secara mutawātir, tetapi memiliki implikasi luas terhadap tafsir, fiqh, dan kefahaman syariat berkaitan haji serta umrah. Analisis ayat 125 Surah al-Baqarah menunjukkan bahawa perbezaan bacaan pada lafaz wa- ittakhidhū/wa - ittakhadhū dan Ibrāhīm/Ibrāhām meluaskan ruang tafsir dengan menggabungkan dimensi sejarah, normatif, dan linguistik, sekali gus menjadi asas perbezaan pandangan fuqahāʾ tentang hukum solat tawaf di Maqām Ibrāhīm. Dalam kerangka manāsik, variasi qirāʾāt ini bukan sahaja mengesahkan auto riti qirāʾāt sebagai sumber yang memperkaya fiqh haji, bahkan menegaskan bahawa Maqām Ibrāhīm dan syiar Kaabah merupakan lambang risalah tauhid yang melampaui batas bahasa, etnik, dan zaman, serta menjadi titik penyatuan antara warisan Nabi Ibrāhīm dengan risalah penutup Nabi Muḥammad SAW dalam kesinambungan ibadah dan makna. Dari perspektif metodologi, pemetaan qirāʾāt dan padanan dengan rasm ʿUthmānī, disertai analisis fiqh empat mazhab, menunjukkan bahawa qirāʾāt mutawātirah tetap konsisten sebagai dalil qatʿī, manakala qirāʾāt shādhdhah meskipun tidak boleh dibaca dalam sol at, tetap memberi nilai tambahan dalam wacana ijtihad hukum. Hal ini membuktikan keluasan rahmat Allah dalam syariat, serta fleksibiliti fiqh dalam mendepani realiti umat. Kesimpulannya, kajian ini menambah sumbangan kepada kajian qirāʾāt sedia ada dengan memberi fokus khusus kepada implikasinya terhadap fiqh dan penghayatan ibadah haji serta umrah. Penekanan terhadap hubungan antara disiplin qirāʾāt, tafsir, dan fiqh membuk a ruang baharu untuk penyelidikan lanjut, khususnya dengan memperluas analisis kepada rangkaian ayat manāsik yang lain. Kajian lanjutan ini penting bagi memperkukuh kefahaman umat Islam tentang syiar haji dan umrah, serta meneguhkan kedudukan qirāʾāt sebag ai warisan ilmu yang terus relevan sepanjang zaman. Penghargaan: Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan Tabung Haji sebagai penaja kepada pembentangan artikel ini dalam Persidangan Serantau Manasik Haji pada 7 hingga 8 Oktober 2025 di Double Tree by Hilton Putrajaya. RUJUKAN 1. Abū ʿAlī al - Fārisī, al - Ḥasan ibn Aḥmad ibn ʿAbd al - Ghaffār. (1993). Al- Ḥujjah li -al- qurrāʾ al- sabʿah . Dimashq/Beirut: Dār al - Maʾmūn li -al- Turāth. 2. al- ʿAynī, Badr al - Dīn. (2000). ʿUmdat al - Qārī fī sharḥ Ṣaḥīḥ al - Bukhārī (Vol. 16). Beirut: Dār al - Kutub al- ʿIlmiyyah. 3. al- Bahūtī, Manṣūr ibn Yūnus ibn Idrīs. (1982/1402H). Kashshāf al - qināʿ ʿan matn al - Iqnāʿ (6 vols.). Beirut: Dār al -Fikr. 4. al- Ḥamawī, Yāqūt. (1977). Muʿjam al - buldān (Vol. 4). Beirut: Dār Ṣādir. 5. al- Ḥaṭṭāb, Muḥammad ibn Muḥammad. (1992). Mawāhib al - jalīl li - sharḥ Mukhtaṣar Khalīl (Vol. 3). Beirut: Dār al -Fikr. 6. al- Kāsānī, ʿAlāʾ al - Dīn ibn Masʿūd. (2003). Badāʾiʿ al - ṣanāʾiʿ fī tartīb al - sharāʾiʿ (Vol. 2). Beirut: Dār al -Kutub al- ʿIlmiyyah. 7. al- Mālikī, Mālik ibn Anas. (1323H/n.d.). Al-Mudawwanah al- kubrā (Vol. 1). Cairo: al- Maṭbaʿah al - Kubrā al - Amīriyyah. 8. al- Marghīnānī, Burhān al - Dīn ʿAlī ibn Abī Bakr. (2000). Al- Hidāyah sharḥ bidāyat al - mubtadī (Vol. 1). Beirut: Dār al -Kutub al- ʿIlmiyyah. 9. al- Nawawī, Yaḥyā ibn Sharaf. (1994). Al- Idāḥ fī manāsik al - ḥajj . Beirut: Dār al -Kutub al- ʿIlmiyyah. 10. al- Qāḍī, ʿAbd al - Fattāḥ ibn ʿAbd al - Ghanī. (1972). Al- Budūr al - ẓāhirah fī al - qirāʾāt al - ʿashr al- mutawātirah min ṭarīqay al - Shāṭibiyyah wa -al-Durrah . Beirut: Dār al - Maʿrifah. 11. al- Qarāfī, Aḥmad ibn Idrīs. (1994). Al- Dhakhīrah (Vol. 3). Beirut: Dār al -Gharb al- Islāmī. 12. al- Qudah, Aḥmad Muḥammad Mufliḥ, Shukrī, Aḥmad Khālid, & Manṣūr, Muḥammad Khālid. (2001/1422H). Muqaddimāt fī ʿilm al - qirāʾāt . ʿAmmān: Dār ʿAmmār. 13. al- Ṭabarī, Muḥammad ibn Jarīr. (1967). Tārīkh al -rusul wa-al- mulūk (Vol. 1). Beirut: Dār al - Turāth.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=