E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 226 Rajah 6. Kerangka analitik Model Penerimaan Teknologi (TAM) dalam pengurusan Haji dan Umrah. Sumber: Adaptasi daripada Davis (1989) dan reka bentuk penulis (2025). Rajah 6 menunjukkan kerangka analitik Model Penerimaan Teknologi (TAM) dalam pengurusan Haji dan Umrah yang menghubungkan keberkesanan (perceived usefulness, PU) melalui Smart Fatwa Chatbot Virtual Haji, kemudahan penggunaan (perceived ease of use, PEOU) melalui geo- tracking GPS Virtual Haji serta tahap penerimaan aplikasi digital dalam kalangan jemaah. Validiti dan Kebolehpercayaan Data Bagi memastikan kesahan dapatan, langkah berikut diambil: i. Triangulasi sumber: artikel daripada jurnal berindeks, prosiding antarabangsa, dan laporan teknikal. ii. Pemeriksaan silang (cross-validation): perbandingan penemuan antara pengkaji yang berbeza. iii. Relevansi konteks: hanya artikel yang mempunyai aplikasi praktikal kepada haji dan umrah dipertahankan. Pendekatan ini mencontohi Shah (2024) yang menekankan keperluan menggabungkan data pelbagai sumber bagi mengelakkan bias analisis.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=