E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 210 Kaedah Pengumpulan Data Kaedah pengumpulan data melibatkan: 1. Analisis teks dan dokumen: meneliti dalil al-Quran, hadis, kitab turath, manual rasmi Tabung Haji, serta jurnal akademik. 2. Pemerhatian lapangan: pengalaman yang dilaporkan oleh penyelidik terdahulu semasa musim haji dijadikan rujukan, terutamanya berkaitan dengan kerenah jemaah dan cabaran petugas. 3. Analisis naratif: penekanan kepada kisah benar daripada petugas dan jemaah dalam kajian Osman (2018), Hassan & Ghani (2022) dan Salleh (2015). Kaedah Analisis Data Data dianalisis menggunakan analisis tematik (Braun & Clarke, 2006). Proses analisis ini melalui beberapa langkah: 1. Membaca keseluruhan teks dan dokumen secara menyeluruh. 2. Mengenal pasti kod awal berkaitan sabar (contohnya “menahan emosi”, “mengawal marah”, “tawakkal”, “redha”, “profesionalisme”). 3. Mengumpulkan kod kepada tema utama (contohnya: sabar sebagai ketahanan emosi, sabar sebagai profesionalisme petugas, sabar sebagai maqam tasawuf, sabar sebagai instrumen sosial). 4. Menyusun tema dalam bentuk matriks tematik yang boleh menunjukkan hubungan antara individu, petugas, organisasi dan kerohanian. Pertimbangan Etika Kajian ini hanya menggunakan sumber sekunder daripada teks, dokumen rasmi, karya ulama dan hasil kajian terdahulu yang sahih. Oleh itu, ia tidak melibatkan risiko kepada peserta manusia secara langsung. Walaupun begitu, aspek integriti akademik dijaga dengan memastikan semua rujukan disandarkan kepada sumber asal dan disusun mengikut format APA terkini. Justifikasi Metodologi Pemilihan pendekatan kualitatif, khususnya analisis tematik, adalah wajar kerana konsep sabar bersifat abstrak dan sukar diukur secara kuantitatif. Kajian ini lebih menekankan makna, nilai, dan hikmah sabar daripada perspektif Islam, tasawuf, serta realiti pengurusan haji moden. Justeru, metodologi ini sesuai untuk menghasilkan pemahaman yang mendalam, menyeluruh dan berasaskan data sahih. ANALISA DAN DAPATAN KAJIAN. Analisis data kualitatif dalam kajian ini menghasilkan empat tema utama berkaitan peranan sabar dalam ibadah haji, iaitu: 1. Sabar sebagai mekanisme ketahanan emosi jemaah 2. Sabar sebagai asas profesionalisme petugas haji 3. Sabar sebagai maqam tasawuf 4. Sabar sebagai instrumen sosial dalam pengurusan haji Matriks Dapatan (Analisis Tematik). Tema Utama Sub-Tema Petikan Temu Bual / Dokumen Interpretasi Ketahanan Emosi Jemaah Kepenatan & kesesakan “Ramai jemaah mengadu letih kerana perlu berjalan jauh antara Mina, Arafah dan Muzdalifah.” (Salleh, 2015) Sabar membantu jemaah mengawal emosi, mengekalkan fokus ibadah. Profesionalisme Mengurus kerenah “Sebahagian jemaah berulang Petugas perlu sabar

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=