E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 201 Sebanyak tiga soalan secara rawak diuji dengan corak pertanyaan mudah, pertanyaan aras tinggi dan pertanyaan yang melibatkan keputusan muzakarah yang menggunakan pandangan beberapa mazhab. Setiap soalan akan bermula dengan soalan umum dan ringkas. Seterusnya, setiap respon soalan akan dituruti dengan pertanyaan- pertanyaan lanjut yang berkaitan dengan keputusan muzakarah. Soalan pertama : Apa hukum memakai wangian ketika ihram? Soalan kedua : Apa hukum seseorang tidak melontar jamrah pada hari pertama dan kedua tasyrik tapi dia melontar semua sekali pada hari ketiga? Soalan ketiga : Apa hukum seorang jemaah wanita yang sedang melaksanakan ibadah haji, hanya berbaki tawaf dan saie sahaja untuk menyempurnakan ibadah haji sedangkan penerbangan pulang sudah dekat? ANALISA DAN DAPATAN KAJIAN Bagi soalan yang pertama, Chatgpt memberikan respon seperti berikut : Lelaki dan wanita yang berniat ihram (sama ada untuk haji atau umrah) dilarang memakai sebarang wangian pada badan, pakaian, rambut, atau janggut. Larangan ini termasuk minyak wangi, minyak rambut beraroma, sabun berbau wangi yang kuat, dan seumpamanya. Dalilnya: Sabda Nabi ﷺ tentang seorang lelaki yang wafat dalam ihram: "Jangan kamu sentuhkan dia dengan wangian." (Riwayat al-Bukhari & Muslim). Ulama menjelaskan bahawa larangan wangian adalah sebahagian daripada al- mahẓūrāt al - iḥrām (perkara larangan ihram). Pengecualian: Disunatkan memakai wangian sebelum berniat ihram. Nabi ﷺ biasanya berwangi-wangian dengan kasturi sebelum memakai pakaian ihram. Diriwayatkan daripada Aisyah RA:"Aku telah mewangikan Nabi ﷺ dengan tanganku dengan wangian yang terbaik ketika beliau hendak berihram dan ketika beliau bertahalul sebelum tawaf." (Riwayat al-Bukhari & Muslim). Jika selepas mandi sunat ihram sebelum niat, seseorang memakai wangian, maka tidak mengapa. Tetapi sebaik sahaja berniat ihram, wangian itu menjadi haram dipakai lagi. Jika terlupa atau tersalah memakai wangian selepas berniat ihram: Jika segera dibersihkan, tidak dikenakan dam. Jika sengaja memakai dan menikmatinya, maka dikenakan dam (iaitu menyembelih seekor kambing, atau puasa 3 hari, atau memberi makan 6 orang miskin). Respon pengkaji selepas itu ialah melanjutkan pertanyaan hukum wangian ketika ihram menurut Muzakarah Haji Kebangsaan. Namun, hasil carian Chatgpt tidak menemui keputusan tersebut. Seterusnya memberikan jawapan berdasarkan Fatwa Mufti Wilayah Persekutuan melalui Irsyad Fatwa. Seterusnya pengkaji mengulangi solan yang sama dengan gaya soalan yang berbeza iaitu apa status wangian yang dilarang dalam ihram menurut Muzakarah. Kali ini, Chatgpt dapat memberikan jawapan berdasarkan kepada keputusan Muzakarah Haji Kebangsaan kali ke-20. Namun tetap mencadangkan penjelasan tambahan dari sumber fiqh selain Muzakarah iaitu daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dengan paparan jadual ringkasan hukum. Jadual 1
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=