E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 197 o “Innamā al - a‘mālu bi -n- niyyāt” — Bukhari 1, Muslim 1907. METODOLOGI Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan kualitatif-analitis yang menekankan kepada pemahaman mendalam serta pentafsiran kritis terhadap sumber-sumber utama dalam tradisi keilmuan Islam. Pendekatan ini berasaskan penelitian sistematik terhadap dalil al- Qur’an, yang merupaka n sumber utama hukum, dan hadis-hadis Nabi SAW sebagai penjelas serta penguat kepada nas al- Qur’an. Analisis turut diperluas melalui rujukan kepada kitab-kitab fiqh klasik seperti al- Majmū‘ Sharḥ al -Muhadhdhab karya Imam al- Nawawī, al- Mughnī oleh Ibn Qudāmah, dan Bidāyat al -Mujtahid oleh Ibn Rushd, yang mengandungi pandangan dan ijtihad ulama muktabar daripada pelbagai mazhab. Kajian ini juga mengambil kira literatur moden seperti kajian Yusuf al-Qaradawi mengenai fiqh al- maʿāṣir (fiqh kontemporari) dan penulisan semasa yang membincangkan integrasi kecerdasan buatan (Artificial Intelligence, A.I.) dalam penyelidikan agama, dengan tujuan menilai kesesuaian serta potensi penerapannya dalam kerangka pemikiran Islam dan aplikasi fiqh semasa. Soalan kaji selidik juga telah di gunakan dalam kajian rintis ini dengan menggunakan kaedah “google form” bagi mengetahui respon dan kefahaman masyarakat tentang badal haji yang di iklan secara meluas di media sosial sekarang ini. Sebanyak 50 responden telah menghantar jawapan. ANALISA & DAPATAN KAJIAN Dari 50 responden, 100%mengetahui bahawa Kementerian Haji Arab Saudi telah mewajibkan semua jemaah haji mempunyai QR Code Nusuk Haji (Tasrih Haji). Manakala 80% mengetahui bahawa pihak imigresen Arab Saudi telah menangkap jemaah haji pemegang iqamah yang tidak mempunyai Tasrih Haji semasa mengerjakan haji pada musim haji yang lepas. 80% responden memilih jawapan pembadal haji mesti menyediakan laporan bukti bergambar/video/QR Code sebagai langkah terbaik untuk memastikan ibadah badal haji dilaksanakan dengan sah dan telus. Bagi meningkatkan keyakinan tadbir urus dan juga menambahkan keyakinan dalam keabsahan badal haji yang dilakukan oleh pembadal haji, kertas kerja rintis ini mencadangkan supaya: 4.1. Keperluan menggunakan teknologi A.I dalam menguruskan Badal Haji 4.2. Aplikasi EZYHAJI sebagai Solusi yang telah tersedia 4.3. Penggunaan ini adalah selaras dengan Dalil Syariah Aplikasi EZYHAJI boleh cuba di muat turun di iOS di alamat https://apps.apple.com/my/app/ezy- haji/id6746436300 manakala di android ialah di alamat https://play.google.com/store/apps/details?id=raxbit.ezyhaji IMPLIKASI SYARIAH & TEKNOLOGI Implikasi kajian ini meliputi empat dimensi utama, iaitu syariah, teknologi, masyarakat, dan akademik. Dari sudut syariah, dapatan kajian memperkukuh kefahaman bahawa pelaksanaan badal haji perlu sentiasa berlandaskan nas dan prinsip syarak, serta menekankan kepatuhan kepada garis panduan ibadah yang sahih. Dari segi teknologi, integrasi kecerdasan buatan melalui aplikasi EZYHAJI membuktikan bahawa inovasi

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=