E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 196 1. KYC Biometrik (pengesahan wajah/suara/dokumen): menepati prinsip amanah dan mencegah penyamaran. 2. Geolokasi (longitud/latitud) berasaskan AI: membuktikan keberadaan di lokasi rukun ( Arafah, Muzdalifah, Mina, Masjidil Haram ). 3. Forensik multimedia: seperti kita melakukan semakan ketulenan menerusi imej atau rakaman video. 4. Rantai rekod yang kebal ubah: (contoh: ledger beredar) sebagai sejajar dengan tuntutan dokumentasi ( al-bayyinah ). Badal Haji Dari Aspek Maqasid Syariah. Perlu diketahui dengan peredaran moden melalui Integrasi AI menyokong tuntutan ketelusan ( sidq ) , amanah , dan bayyinah ( pem buktian ). Surah al- Hujurāt 49:6 (Juz. 26): verifikasi berita sebelum bertindak adalah asas bagi verifikasi data . Surah al-Baqarah 2:111 : “Katakanlah: datangkan bukti kamu …” dorongan epistemik kepada evidence-based compliance dalam ibadah. Badal Haji menggunakan aplikasi EZYHAJI menepati Maqasid Syariah kerana model aplikasi EZYHAJI akan memanfaatkan: 1. AI-KYC untuk sahkan identiti pelaksana badal; 2. AI Geolocation untuk bukti lokasi rukun-rukun haji; 3. Muat naik foto/video + cap masa dalam tempoh masa wukuf di Arafah contohnya iaitu dari jam 12 tengah hari pada 9 Zulhijjah hingga jam 5 pagi 10 Zulhijjah; 4. Jejak audit digital yang boleh semak silang oleh waris/pihak berautoriti. Reka bentuk ini mengoperasikan prinsip hadis Ibn ‘Abbās RA (keharusan badal) dalam rangka tadbir urus yang boleh diaudit dan telus. Petikan Dalil Utama (ringkas, untuk rujukan silang dalam kertas kerja ini) • Qur’an: o Āli ‘Imrān 3:97 (Juz. 4) – kewajiban haji bagi yang mampu. o al-Hajj 22:27 (Juz. 17) – seruan menunaikan haji. o al-Baqarah 2:196 (Juz. 2) – sempurnakan haji & umrah kerana Allah. o al-Baqarah 2:282 (Juz. 3) – dokumentasi/transaksi bertulis. o al- Nisā’ 4:58 (Juz. 5) – amanah. o al- Hujurāt 49:6 (Juz. 26) – verifikasi maklumat. • Hadis: o Ibn ‘Abbās RA tentang keharusan badal haji: Bukhari 1513, Muslim 1334 (Kitab al-Hajj). o “Khudhū ‘annī manāsikakum” — Muslim , Kitab al-Hajj. o “Al - sidq” (jujur) membawa kepada al -birr — Bukhari 6094, Muslim 2607.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=