E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 194 berlaku adil lah. Sesungguhnya Allah amat baik sekali) pada ni`immaa diidgamkan mim kepada ma, yakni nakirah maushufah ertinya ni`ma syaian atau sesuatu yang amat baik nasihat yang diberikan-Nya kepadamu iaitu menyampaikan amanat dan menjatuhkan hukuman secara adil. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar akan semua perkataan lagi Maha Melihat segala perbuatan. Perkara ini telah di tulis secara jelas oleh Mohd Danial Madani dalam tulisannya bertajuk Ulasan praktikal tentang kos dan penipuan khidmat badal haji di kalangan pelajar Malaysia di Arab Sau di vi iaitu waris (muwakkil) pemberi badal dan pembuat badal mesti jujur dan amanah. Jangan hanya mengejar upah (ju’alah) tetapi pelaksanaannya jauh dari rahmat Allah. Badal Haji dalam Cabaran Aspek Kontemporari 1. Keraguan Keabsahan & Ketelusan. Dalam amalan semasa, timbul keraguan sama ada ibadah benar- benar ditunaikan di lokasi rukun (Arafah, Muzdalifah, Mina, Masjidil Haram), khususnya apabila akses ke Arafah memerlukan tasrih (kebenaran rasmi) daripada pihak berautoriti Arab Saudi. Ketiadaan bukti yang terverifikasi (siapa, di mana, bila, bagaimana) menjejaskan keyakinan waris dan masyarakat. Sedangkan Kerajaan Arab Saudi telah mewajibkan semua Jemaah haji dari seluruh dunia memiliki Tasrih Haji seperti yang dimaklumkan oleh Lembaga Tabung Haji dalam kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dato Mohd Naim Mokhtar pada Jun 2023 . vii 2. Komersialisasi & Risiko Penipuan. Permintaan pasaran untuk perkhidmatan badal haji membuka ruang komersialisasi tanpa kawal selia yang ketat, berpotensi melahirkan dakwaan palsu, bukti rekaan, atau ketidakpatuhan manāsik . Sekarang ini iklan iklan badal haji dengan harga yang rendah dan murah berleluasa di media sosial. Perkara ini telah di beri peringatan oleh Lembaga Tabung Haji dalam kenyataan akhbar bertajuk Badal Haji : Umat Islam Diingatkan Semak Kesahihan Tawaran, Elak Ditipu pada Ogos 202 5 viii . Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) Mustakim Mohamad berkata setiap kali permulaan operasi ibadah haji, terdapat segelintir pihak mengambil kesempatan dengan mempromosikan pakej badal haji secara meluas, sama ada di surau dan masjid atau di media sosial. Badal Haji dalam Kerangka Etika dan Patuh Syariah Jika dibicarakan berkaitan tuntutan sidq (benar/telus) dan larangan gharar (ketidakpastian/menipu) menuntut rekod dan jejak audit yang jelas. Hadis: “ Hendaklah kamu berlaku jujur ” ( Sahih al-Bukhari , Kitab al-Adab , Hadis no. 6094 dan hadis Sahih Muslim , Kitab al-Birr , Hadis no. 2607 boleh di aplikasikan dalam situasi penipuan badal haji sekarang ini. Keperluan untuk mendokumenkan sebarang transaksi secara bertulis merupakan tatacara asas normalisasi bagi keperluan verifikasi dan pengesahan badal haji telah di lakuman. Contohnya merekodkan masa, tempat, dan saksi serta bukti dalam semua urusan berkaitan Badal Haji . Dalil al-Quran menyatakan akan perihal tersebut menerusi firman Allah: يََٰأَيهَا ٱلذِينَ ءَامَنُوٰاْ إِذَا تَدَايَنتُم بِدَيۡن إِلَىَٰ أَجَل مسَمى فَٱكۡتُبُوهُۚ وَلۡيَكۡتُب بيۡنَكُمۡ ُ كَاتِب بِٱلۡعَدۡلِۚ وَلاَ يَأۡبَ كَاتِب أَن يَكۡتُبَ كَمَا عَلمَهُ ٱلِلُّۚ فَلۡيَكۡتُبۡ وَلۡيُمۡلِلِ ٱلذِي عَلَيۡهِ ٱلۡحَق وَلۡيَتقِ ٱلِلَّ رَبهُۥ وَلاَ يَبۡخَسۡ مِنۡهُ شَيۡ ا ا أَوۡ اۚ فَإِن كَانَ ٱلذِي عَلَيۡهِ ٱلۡحَق سَفِيه ِِ ا ا أَوۡ لاَ يَسۡتَطِيعُ أَن يُمِل هُوَ فَلۡيُمۡلِلۡ وَلِيهُۥ بِٱلۡعَدۡلِۚ وَٱسۡتَشۡهِدُواْ شَهِيدَيۡنِ مِن ضَعِيف ِجَالِكُمۡۖ فَإِن لمۡ يَكُونَا رَجُلَيۡنِ فَرَجُلٞ وَٱمۡرَأَتَانِ مِمن تَرۡضَ ر وۡنَ مِنَ ٱلشهَدَاٰءِ أَن
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=