E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 193 Badal Haji dalam Perspektif Syarat Utama Menurut Fuqaha’ Sebagai diketahui umum Badal haji ialah ibadah haji yang ditunaikan oleh seorang Muslim bagi pihak orang lain malah pelaksana seharusnya telah menunaikan haji fardu bagi dirinya dahulu. Selain itu individu muslim tersebut ( muwakkil ) dalam situasi ketidak mampuan kekal (bukan sementara) Sehubungan itu, Badal haji dilaksanakan mengikuti manāsik yang sah di Tanah Suci; dengan adanya izin / wakalah yang jelas daripada muwakkil /waris, A.Mohd Noor Adzwan 201 8 iv . Antara syarat utama yang di jelaskan dalam Buku Fiqh Badal Haji yang di keluarkan oleh JAKI M v ialah dalam perkara kedua iaitu Syarat-syarat Bagi Pelaksana Badal Haji ialah wajib dilakukan oleh mereka yang sudah melakukan ibadat haji untuk dirinya sendiri. Jika ia dilakukan oleh mereka yang belum melakukan ibadat haji, maka haji tersebut dianggap telah dilakukan bagi dirinya sendiri dan bukan bagi pihak mereka yang mewakilkan atau mengupahnya. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Ibnu Abbas RA: Bermaksud: “Nabi Muhammad SAW telah mendengar seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah, adakah aku boleh menunaikan haji bagi Syubrumah? Rasulullah bertanya: Siapakah Syubrumah? Lelaki itu menjawab: Dia adalah saudaraku atau salah seorang dari kaum kerabatku. Rasulullah bertanya lagi: Adakah kamu telah menunaikan haji bagi dirimu? Lelaki itu menjawab: Belum. Rasulullah bersabda: Tunaikanlah haji bagi dirimu dahulu, kemudian barulah kamu menunaikan haji bagi Syubrumah.” Badal Haji dalam Perspektif Prinsip Niat dan Amanah Hadis “ Sesungguhnya amalan bergantung pada niat ” menerusi hadis Sahih al-Bukhari , Kitab Bad’ al-Wahy , Hadis no.01. Selain itu hadis Sahih Muslim , Kitab al-Iman , Hadis no.1907) bagi membicarakan berkaitan serta memastikan keikhlasan dan pemfokusan niat bagi pihak orang yang diwakili. Malah dalil dari al-Quran Kareem berkaitan hal ini Allah SWT berfirman: إِن ٱلِلَّ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدواْ ٱلأَۡمََنََتِ إِلَىَٰ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلناسِ أَن تَحۡكُمُواْ ۞ َ ا بَصِيرا ٰ إِن ٱلِلَّ كَانَ سَمِيع بِٱلۡعَدۡلِۚ إِن ٱلِلَّ نِعِما يَعِظُكُم بِهِۦ ٥٨ (Surah al- Nisa’ 04:58 ) Terjemahannya : Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik- baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. Ayat 58 Surah An Nisa 4:58 Asbabun nuzul ayat ini ialah ketika mana Ali r.a. hendak mengambil kunci Kaabah dari Usman bin Thalhah Al-Hajabi penjaganya secara paksa iaitu ketika Nabi Muhammad saw. datang ke Mekah pada tahun pembukaan Kota Mekah. Usman bin Thalhah Al-Hajabi ketika itu tidak mahu memberikannya lalu berkata, "Seandainya saya tahu bahawa Rasulullah yang memintanya tentulah saya tidak akan menghalanginya." Maka Rasulullah saw. pun menyuruh mengembalikan kunci itu padanya seraya bersabda, "Terimalah ini untuk selama-lamanya tiada putus-putusnya!" Usman bin Thalhah Al-Hajabi merasa hairan atas hal itu lalu dibacakannya ayat tersebut sehingga Usman bin Thalhah Al-Hajabi pun masuk Islam. Semasa beliau hampir masa untuk meninggal dunia, kunci itu diserahkan kepada saudaranya Syaibah dan seterusnya diwariskan kepada anak-anaknya. Ayat ini walaupun datang dengan sebab khusus tetapi arahannya umum supaya kita menunaikan amanah dan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=