E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 161 pendaftaran ahli keluarga, atau status “jemaah dermawan”. Mekanisme ini bukan sahaja mengurangkan beban Tabung Haji, malah mendorong semangat ta‘āwun (tolong-menolong) dalam kalangan umat Islam. Dari perspektif fiqh, model cadangan lebih menepati konsep istiṭā’ah kerana ia memastikan bantuan hanya diberikan kepada golongan yang benar-benar tidak mampu. Hal ini juga selari dengan maqāṣid al- sharī‘ah, khususnya dari aspek pemeliharaan agama ( ḥifẓ al- dīn ) dan harta ( ḥifẓ al- māl ). Akhirnya, dari sudut implikasi kewangan dan sosial, model sedia ada menimbulkan beban yang tinggi kepada TH sehingga menjejaskan kadar agihan keuntungan pendeposit. Malah, ia turut mendorong sikap bergantung pada subsidi dan melemahkan motivasi menabung sejak awal. Model cadangan sebaliknya mengukuhkan kestabilan dana TH dengan menyalurkan subsidi secara tepat, mengelakkan kebocoran kepada golongan mampu, serta meningkatkan kesedaran awam untuk menabung lebih konsisten. Dengan itu, jelas bahawa model penilaian semula HAFIS lebih berdaya tahan, adil dan sesuai dengan realiti ekonomi serta tuntutan syarak pada masa kini. Secara keseluruhannya, penilaian semula Bantuan Kewangan Haji (HAFIS) merupakan langkah strategik yang perlu dilaksanakan bagi menyesuaikan mekanisme subsidi dengan realiti semasa, sama ada dari aspek kos, kemampuan kewangan jemaah, mahupun kelestarian dana TH. Model cadangan yang lebih bersasar bukan sahaja memperkukuh keadilan sosial, tetapi juga menepati tuntutan fiqh istiṭā‘ah serta maqāṣid al - sharī‘ah. Melalui pelaksanaan yang teratur, HAFIS bukan lagi dilihat sebagai bentuk pergantungan semata- mata, sebaliknya menjadi instrumen pendidikan kewangan dan motivasi untuk menabung sejak awal. Dengan itu, institusi TH dapat terus memainkan peranan utama dalam memastikan umat Islam di Malaysia berpeluang menunaikan ibadah haji dalam keadaan yang lebih terancang, berdaya tahan dan berlandaskan prinsip syariah. PENUTUP Perbincangan dalam kertas kerja ini menegaskan bahawa kemampuan kewangan merupakan teras utama dalam penilaian istiṭā‘ah bagi menunaikan ibadah haji. Hal ini kerana aspek kewangan bukan sahaja menentukan kelayakan seseorang untuk menunaikan haji, malah turut mempengaruhi kelancaran pelaksanaan ibadah tersebut tanpa menimbulkan mudarat kepada diri sendiri mahupun ahli keluarga yang ditinggalkan. Kefahaman terhadap istiṭā‘ah kewangan mendorong umat Islam untuk membuat persediaan yang rapi, sama ada melalui amalan menabung secara konsisten, pengurusan perbelanjaan berhemat, ataupun mengelakkan beban hutang yang boleh menjejaskan matlamat syariah. Dalam konteks Malaysia, peranan TH amat signifikan sebagai institusi yang mengurus tabungan dan penyediaan kemudahan kewangan kepada bakal jemaah. Walau bagaimanapun, kebergantungan terhadap subsidi haji yang semakin tinggi menimbulkan cabaran besar terhadap kelestarian dana dan pengurusan jangka panjang. Justeru, penilaian semula mekanisme bantuan seperti HAFIS menjadi keperluan mendesak bagi memastikan bantuan diagihkan secara adil dan bersasar, iaitu kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Pendekatan ini bukan sahaja selaras dengan prinsip fiqh istiṭā‘ah , malah mendidik masyarakat agar lebih bertanggungjawab dalam membuat persediaan kewangan untuk menunaikan ibadah haji. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa kemampuan kewangan sebagai teras istiṭā‘ah bukan sekadar syarat teknikal, tetapi merupakan manifestasi maqāṣid al - sharī‘ah dalam memelihara agama dan harta. Melalui kefahaman yang tepat, galakan menabung sejak awal, serta pelaksanaan polisi yang adil dan berdaya tahan, ibadah haji dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan bermakna. Akhirnya, kesedaran kolektif antara individu, masyarakat dan institusi menjadi kunci utama dalam memastikan kewajipan haji dapat ditunaikan dengan sempurna, seterusnya memperkukuh kedudukan ibadah ini sebagai rukun Islam yang kelima dalam kehidupan umat Islam. PENGHARGAAN Merakam setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas penyertaan dalam kajian bertajuk Kemampuan Kewangan sebagai Teras Istiṭā’ah dalam Ibadah Haji, yang dibentangkan di bawah Insentif Persidangan Pasca- Siswazah (IPP), kelolaan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=