E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 160 bertujuan memastikan subsidi diagihkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan, khususnya B40, di samping mengurangkan kebergantungan golongan berkemampuan terhadap bantuan. Pada masa yang sama, ia menjamin kelestarian dana TH untuk manfaat generasi akan datang serta menepati prinsip istiṭā‘ah dalam syariat Islam, iaitu kewajipan haji hanya ditanggung oleh mereka yang benar-benar berkemampuan. Di samping itu, penilaian semula HAFIS juga berperanan mendidik masyarakat tentang kepentingan menabung sejak awal, meningkatkan kefahaman terhadap tanggungjawab kewangan dalam ibadah haji, dan mewujudkan keseimbangan antara usaha individu dengan peranan institusi dalam melaksanakan rukun Islam kelima ini. Aspek PenilaianModel Sedia Ada Model Penilaian Semula (Cadangan) Kriteria Kelayakan Berdasarkan kategori pendapatan umum (B40, M40, T20) tanpa mengambil kira komitmen kewangan isi rumah. Berdasarkan pendapatan bersih selepas ditolak komitmen, jumlah tanggungan, rekod tabungan, dan keutamaan kepada jemaah kali pertama. Kadar Subsidi Subsidi agak seragam; B40 menerima lebih, namun M40 dan sebahagian T20 juga masih menikmati kadar tertentu. Subsidi benar-benar bersasar: B40 (60 – 70%), M40 (30 – 40% bergantung keadaan), T20 (tiada subsidi atau minimum sahaja). Insentif Tiada insentif khas untuk mereka yang menolak bantuan. Insentif sukarela: pengiktirafan simbolik, keutamaan giliran pendaftaran ahli keluarga, status “jemaah dermawan”. Prinsip Fiqh Kadang bercanggah dengan konsep istiṭā’ah kerana ada yang tidak benar-benar mampu tetapi tetap dibantu, manakala yang mampu juga mendapat subsidi. Selaras dengan istiṭā‘ah – hanya yang benar-benar tidak mampu mendapat bantuan, manakala yang mampu dituntut menanggung sendiri. Kesan kepada Tabung Haji Beban kewangan tinggi, mengurangkan keuntungan untuk diagih kepada semua pendeposit. Dana lebih stabil, keuntungan dapat diagih lebih adil, subsidi tidak “bocor” kepada golongan mampu. Kesedaran Masyarakat Sesetengah bakal jemaah terlalu bergantung pada subsidi dan kurang menabung secara konsisten. Meningkatkan motivasi menabung sejak awal kerana subsidi bukan lagi dijamin secara menyeluruh. Jadual di atas mengandungi penilaian semula bantuan kewangan haji (HAFIS), dan ia menunjukkan perbezaan yang ketara antara model sedia ada dengan model cadangan yang lebih bersasar. Dari sudut kriteria kelayakan, model sedia ada hanya menekankan kategori pendapatan kasar (B40, M40 dan T20) tanpa mempertimbangkan komitmen isi rumah, jumlah tanggungan atau rekod tabungan. Hal ini boleh menimbulkan ketidakadilan kerana ada dalam kalangan M40 yang menanggung ramai ahli keluarga masih menerima kadar subsidi yang sama dengan M40 yang berkemampuan. Model cadangan pula memperluas kriteria dengan memasukkan aspek pendapatan bersih selepas ditolak komitmen, jumlah tanggungan, rekod tabungan yang konsisten, serta memberi keutamaan kepada jemaah kali pertama. Pendekatan ini lebih menepati prinsip keadilan sosial dan selaras dengan konsep al- ḥājah tuqaddar bi qadrihā (keperluan diukur berdasarkan kadar sebenar). Dari aspek kadar subsidi, model sedia ada menyediakan subsidi dalam bentuk yang agak seragam. Walaupun B40 menerima lebih banyak bantuan, namun M40 dan sebahagian T20 turut menikmati subsidi pada kadar tertentu. Keadaan ini bercanggah dengan prinsip istiṭā’ah kerana terdapat golongan yang sebenarnya mampu tetapi masih dibantu. Model cadangan mengusulkan kadar subsidi yang lebih bersasar, iaitu B40 menerima 60 – 70% bantuan, M40 pada kadar 30 – 40% mengikut situasi, manakala T20 tidak lagi menerima subsidi atau hanya menerima kadar minimum. Langkah ini selari dengan tuntutan syarak bahawa kewajipan haji hanya ditanggung oleh mereka yang benar-benar berkemampuan. Selain itu, model sedia ada tidak menawarkan insentif sukarela kepada jemaah yang menolak bantuan. Sebaliknya, model cadangan memperkenalkan bentuk insentif bukan tunai seperti pengiktirafan simbolik, keutamaan giliran

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=